Ahad, 17 Julai 2011

Mama Dah Pesan....Jangan...Jangan...!!

Pesanan seorang ibu kepada anak kesayangannya...kejadian berlaku pada 15hb Jul 2011...pada pukul 12.30 tengahari, lokasi di pejabat...si ibu membuat panggilan telefon ke rumahnya sekadar bertanyakan aktiviti anak-anak dan suami di rumah...sebelum mengakhiri perbualan si ibu berpesan kepada anak sulongnya "abg, hari ni jgn g main kat taman permainan ye...hari ni cuaca tak berapa elok..kan baru pas hujan...mesti taman lecak dan licin"...si anak menjawab "ok mama"....

Lambakan kerja yang menyesakkan pernafasan membuatkan si ibu terpaksa membuat kerja lebih masa...sebab malas nak mendengar bebelan bos....si ibu bercadang untuk pulang pada jam 7ptg....sedang asyik menyiapkan kerjanya, telefon bimbitnya berdering dan tertera nama "sweetheartt"...nampaknya panggilan dari rumah...panggilan dijawab dan soalan pertama yang didengar dari si pemanggil "mama, kad medijaring boleh guna tak kat klinik"...."untuk sape???? si ibu bertanya...tp belum sempat si pemanggil menjawab, si ibu berkata "kalau untuk dependants tak boleh, kan dah overlimit"..."nape???"...si pemanggil merangkap suami kepada si ibu berkata "lutut abg koyak...jatuh kat taman"...deng....!!! "kenapa la bg dia g main kat taman..mama dh pesan tadi kat dia jgn main taman hari ni...hish..! degil betul...teruk ke??? rasa2 kene jahit tak???"...."tak tau la...tp byk darah dan nampak la isi dalam" jawab si pemanggil..."pegi la klinik, bayar dan mintak resit"

Jam didinding menunjukka jam 6ptg...."mama balik sekrang, erl 6.30, kul 7 smpi" kata si ibu yag telah membatalkan hasrat untuk meneruskan kerja lebih masanya sehingga jam 7, kerana risaukan anaknya...sampai di rumah, si suami memaklmkan...4jahitan dilutut....hmmm....tu la...tak nak dengar cakap.

Mama dah pesan...jangan...jangan....tak nak dengar...kan dah berjahit kepala lutut tuu.....













Pic kat atas tu selepas 2hari kene jahit dan sesi untuk dressing....hero konon...muka legend hati jambu...nangis tak hengattnya masa nak bukak...hohohoho.....