Jumaat, 29 April 2011

Aku atau Dia

Seberat mana pun...sesusah mana pun...sesakit mana pun...pilihan harus dibuat. Pilihlah yang terbaik, agar ianya tidak memudaratkan untuk jangkamasa yang panjang. Sekali tersilap langkah, huru hara jadinya. Kau sahaja yang tahu apa yang kau mahu.

Jika aku yang kau pilih, akan aku setia bersama kau sehingga hujung nyawa. Asalkan kau berubah dan bertanggungjawab. Pupuk kembali kasih sayang antara kita, mekarkan kembali cinta kita...terangi dengan Nur Kasih dan simbahi dengan rahmatNYA...InsyaALLAH kebahagiaan akan menjadi milik kita.

Dan seandainya kau memilih dia..aku terima dengan redha. Melepaskan kau dengan rela hati dan mendaokan moga kau berbahagia bersamanya. Kau bimbinglah dia sebaik-baiknya. Jangan kau sesakali cuba untuk kembali kepada aku. Aku tetap seperti dulu, namun untuk bersama kau kembali tidak sama sekali. Biarlkanlah aku bebas untuk terbang kemana yang aku suka.

Jangan bersedih dan berduka.......

Khamis, 28 April 2011

Semester 2

Hohoho...this saturday bermulanya kuliah pertama semester 2...seperti  biasa, kelas on saturday akan habis jam 12mlm...bercuti dekat sebulan bebas dari kelas dan tugasan, rasa cam liat la pulak nak mulakan balik...alhamdulillah this semester carry 4subjek je...boleh dikatakan byk subjek kene membaca...mau kejang otak nak mengingat nota2 nnti...

Harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan tugasan serta exam dipermudahkan..Ameen..! Buat kengkawan seperjuangan...selamat berjuang dan semoga berjaya...Ameen..!

See u there...

Selasa, 26 April 2011

Ibu Mertuaku

Bgsnya menantu yang sorang ni..boleh lupa hari ni ibu mertuaku akan bernagkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Nasib baik la dia org call bgtau..so, tak dapat la aku ke Airport (KLIA) just hubby je yang pergi..

Aku doakan semoga selamat pergi dan kembali....ameenn..!

Hati yang telah dilukai..

Dulu hati ini pernah terluka...luka yang dicipta oleh insan yang tersayang..bertahun lamanya aku cuba mengubati luka itu. Sedikit sebanyak luka itu telah memakan diri. Peritnya tika itu sememangnya tidak terkata. Hanya ALLAH yang Maha Kuasa mengetahuinya. Namun aku terima dan redha. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi ujian kepada hambanya melebihi kemampuan hambanya untuk menanggungnya.

Alhamdulillah...aku bersyukur..walaupun luka itu sudah sembuh namun parutnya tetap kekal disitu. Dan ia mengajar aku untuk menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan.

Namun....ada sesuatu yang perlu aku lakukan...Ya..! sesuatu yang perlu aku lakukan...

Jumaat, 15 April 2011

Dugaan...

salam jumaat....aktiviti seperti dlm gambar tu mmg dh biasa bg aku ngan anak2...terutama anak dara dan bujang bongsu aku....boleh nampakkan budak tu happy je guna benda tu...Nebulizer, mmg dh sinonim ngan dia org. Bujang aku ni kali kedua kene attack (wheezing) camni..so far lom smpi tahap asthma. Tp anak kedua aka anak dara mmg konfem asthma la..

Mmg tak tenang jiwa dan raga aku bila dia org kene attack... smlm baru je bawak anak yang bongsu g check up kat pakar kanak-kanak Ampang Puteri Specialist Hospital (hospital peberet aku)..hasil pemeriksaan doktor kata dlm paru-paru dia penuh ngan kahak dan doktor cadangkan masuk wad...aku tak nak...penat rasanya nk berkampung kat hospital...baru je bln lepas 2mggu berkampung...memandangkan dia tak demam, batuk pn tak teruk...doktor lepaskan tp kalau dlm masa 2 atau 3hari keadaan dia tak ok gak...suka atau tak kene la masuk wad jugak..harap2 semuanya bertambah baik...

Dalam masa yang sama, ibu mertuaku kene tahan kat spital HKL...suspek denggi..hari ni cukup la 5hari dia dok kat spital...setakat smlm, demam dh beransur pulih tp platlet makin turun..semoga ibu mertuaku cepat sembuh..lgpun dia tlh dijadualkan bertolak ke mekah untuk mengerjakan umrah 26hb ni...so kalau tak sihat tak dapat la nk pegi..harap semuanya berjalan dengan lancar...

Selasa, 12 April 2011

Kenali HASLYNDA..: COOKIES

Kenali HASLYNDA..: COOKIES: "Sedap.. rangup.. Cookies dari HASLYNDA menjadi sajian anda sekeluarga.. Kesemua cookies adalah homemade pasti terjamin bersih dan halal..."

Jumaat, 1 April 2011

Merangkak Atas Landasan

Salah satu tajuk dlm Harian Metro hari ini...kelalaian manusia, maka ini terjadi. Bayi berusia 19bulan, yg tak tau pape...tak tau apa itu bahaya menjadi mangsa dilanggar keretapi berhampiran rumah datuk dan neneknya. Alangkah sedihnya bila baca cerita mcm ni...benar, itu semua qada' dan qadar...tapi kebelakangan semakin kerap kejadian akibat dari kelalaian ibu bapa dan penjaga mengakibat kanak-kanak menjadi mangsa...cth smlm rasanya..kanak-kanak berusia 4tahun dilanggar oleh kereta jiran ketika sedang menaiki basikal tanpa disedari ibunya...

Bila aku baca artikel tu...aku dapat bayangkan mcm mana baby tu melambung sejauh 10meter dan keadaan dia selepas itu. Aku sendiri ada anak yang seusia dengan bayi tersebut...sebaknya hati ni...bergenang jugak la airmata...secara tak langsung teringatkan anak-anak kat rumah, terumata yang bongsu...ikut kan tadi...selepas baca artikel tu rasa nak terbang terus balik rumah...huhuhuhuhu...Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga...ameenn..!