Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Perkahwinan 09 Mac 2012 - Semoga Berbahagia

Minggu lepas, Jumaat 09/12/2012 aku start cuti sebab nak kena balik kampung (Dungun,Trg) sempena Majlis Perkahwinan adik. Anak-anak sume hepi sebab dapat bercuti, nak2 cuti sekolah pun dah start...mmg penat, penat dengan perjalanan yang agak jauh, penat dengan karenah anak2 dan penat dengan aktiviti kenduri. Kami sekeluarga sampai hari Jumaat tu dah petang, sampai2 je terus aku tolong packing goodies beg dan siapkan bunga telur....together dengan my mak usu yang becok mulutnye tp very nice person.

Malam, sesi majlis akad nikah. Gara-gara lambat booking tok kadi dapat la turn yang terakhir jam 10pm..Ya Allah...jenuh menunggu...badan dah penat mata dah mengantuk..tp gagahkan jugak...selesai jugak akhirnya dengan 2kali lafaz...sian pengantin lelaki, berpeluh2...huhuhuhu...settle akad nikah, kami angkat kaki balik homestay, dlm kepala dah terbayang tilam ngan bantal je...sume ahli keluarga dari KL stay kat nearest homestay. Keluraga dari Terengganu dan siam ade yang tido kat umah sedara terdekat dan umah abah...

Sabtu dan Ahad majlis persandingan dan sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Sepanjang kenduri kami semua sibuk melayan tetamu, anak-anak pun tak terlayan dan pandai pulak dia org bawak diri.....seperti biasa majlis kenduri air selalu yang dihidangkan adalah air sejuk...dalam hati berkata-kata, mau ada yang batuk ni nanti...selesai majlis hari ahad kami terus balik ke Kuala Lumpur...Alhamdulillah sumenye telah selamat




Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Walau apa pun abah dan ibu serta adik-adik jangan dilupakan...Love u

Ahad, 4 Mac 2012

Bisakah....

Pernah ku terasa ingin membawa 
Cinta yang terlara ke titik mula 
Kembali mencuba untuk kali kedua 
Menggilapkkan gerhana jiwa 

Pernah ku terasa ingin merayu 
Pada kasih dulu pulang pada ku 
Lupakan dosa ku, putihkan kelabu 
Tenangkan amarahmu, namun

Bisakah yang terpadam dinyala 
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka, kalbu

Naluri meminta ku ungkap kata 
Seindah bahasa janjikan setia
Agar bersemilah cinta dihatinya 
Percaya ku semula, namun

Bisakah yang benci disayangi 
Bisakah yang dusta dimaafi
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka kalbu

Bila sendu ku berlinang sayu dlm rindu ku tertanya
Bisakah yang terpadam dinyala 
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka kalbu