Jumaat, 1 November 2013

Rahsia Wuduk : Pada Airnya

Salam...

Perkongsian hari ini adalah mengenai Keistimewaan Air Wuduk.

Wuduk atau dalam istilah orang Melayu "air sembahyang" yang merupakan syarat utama untuk mendirikan solat. Tanpa mengambil wuduk seseorang itu masih dalam keadaan berhadas maka jika dia mengerjakan solat lima waktu dalam keadaan itu sudah pasti solatnya tidak sah. Jadi wuduk penting dalam menentukan sah atau tidak solat itu.

Berikut adalah Keistimewaan Air Wuduk

  1. Dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf padea jari-jari tangan dan jari-jari kaki, ini berguna untuk menenangkan fikiran. Wuduk dengan air boleh membantu merangsang dan mengefektifkan sistem urat saraf. Ransangan tersebut akan memberi kesan positif kepada prestasi saraf utama yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas berwuduk kia merasakan suasana yang segar yang tak dirasakan sebelum wuduk.
  2. Dapat mengurangkan tekanan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah. Dengan hal ini Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi. Marah ibarat panas, maka dengan air wuduk boleh memadamkan kepanasan itu.
  3. Dapatkan melancarkan aliran darah keseluruh tubuh dengan baik. Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak balas untuk bekerja dengan lebih cepat mengalirkan darah keseluruh tubuh untuk meneutralkan/menormalkan suhu tubuh kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Semasa itu juga darah mengalir ke kawasan mula, kedua-dua tangan dan tapak kaki dengan lancar.
  4. Dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar dari tubuh melalui bulu-bulu roma yang tumbuh disekitar kulit.Ketika aliran darah mengalir keseluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor kemudian membuangnya keluar melalui bulu-bulu roma yang tumbuh disekitar kulit. Walaupun tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsia kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali disetiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dilambatkan.
  5. Dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan wajah menjadi cerah. berkumur juga akan menyegarkan mulut. Membasih wajah dan kedua-dua tangan sampai siku, serta kedua-dua kaki memberikan manfaat utnuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria,apatah lagi dengan membersihkan badan daripada peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.