Ahad, 6 Januari 2013

Welcome 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi kan peluang utk menikmati kehidupan didunia ini. Kini telah memasuki tahun 2013...semoga tahun ini semuanya dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik utk kami sekeluarga, dipermudahkan segala urusan, sentiasa berada pada landasan yang benar dan diberikan NUR oleh NYA yang Maha Esa.

Sekian lama tidak membuat coretan disini, atas desakan kesibukan terpaksa la melupakan seketika. Hari ini, ada sedikit kesempatan untuk mencoret sesuatu disini...

Hari ini merupakan hari terakhir tinggal dirumah Kota Warisan..Esok akan bermula kehidupan dan suasana baru di rumah baru dan rumah sendiri..no more menyewa. Cuma masalah yang perlu dihadapi adalah jarak. Jarak untuk anak2 ke sekolah dan juga ke public transport utk aku ke tempat kerja. Pening memikirkan bgmna nak selesaikan masalah ini...

Ini lah akibatnya, ada kereta tak tau pandu dan lebih haru tak ada lesen. Now terhegeh2 nak ambil lesen. Semoga dipermudahkan dan cepat2 la dapat lesen. Kiranya ini adalah salah satu azam tahun 2013.

Berharap sangat, tahun ni no more berkampung kat spital tak kira la anak2 mahu pun diri sendiri...bukan mengeluh apabila Allah berikan ujian seperti itu cuma inginkan rekod yang baik dalam pekerjaan, Nak kurangkan cuti seperti anak masuk spital, sakit dan sebagainya...semoga DIA mendengar dan memperkenankannya...