Isnin, 30 September 2013

27 September 2013


Salam,

Lambat nak update, memandangkan saya sendiri pun kurang sihat…tarikh tersebut amat bermakna buat saya. Pada tarikh tersebut saya telah diijabkabulkan bersama insan tersayang pada tahun 2002, hari jumaat…sama juga seperti tahun ini, tarikh tersebut jatuh pada hari jumaat…

Sebelas tahun sudah usia perkahwinan kami. Segala pahit manis telah kami lalui namun jodoh kami masih disini..selepas ijab Kabul, hari persandingan kami adalah pada 5 Oct sebelah perempuan, maka 6 Oct pula sebelah lelaki dan merupakan harijadi aku…

Pada bulan Disember 2002, aku telah disahkan mengandung anak sulongku. Muhammad Arief Najmi nama yang kami berikan…Alhamdulillah dah bersar anak mama ni..baik anak ini. Cukup lembut hatinya. Kena berhati-hati dalam berurusan dengannya kerana dia mudah tersentuh…mengandungkan dia amat senang. Aku Cuma suka minum kopi ‘o’ ais…aku melahirkannya secara pembedahan memandangkan usia kandung sudah melebihi dan baby dah buang air besar dlm perut….

October 2005, sekali lagi aku disahkan mengandung..pengalaman mengandung pada kali ini amat berbeza…aku mudah pening dan pitam. Makan nasi mmg tak lalu..aku Cuma makan lauk dan sayur jer…dan yang tak boleh aku lupakan ialah makan mesti menggunakan sudu. Pada ketika ini kegilaan aku adalah milo ais…hari2 pekena kat opis…anak kedua pun dilahirkan secara pembedahan, kerana bukaan pelvic aku kecil. Anak kedua adalah perempuan dan dinamakan Nur ‘Afrina Natasha

Terakhir sekali pada Februari 2009, aku mengandungkan anak yang bongsu. Kali ini semuanya lancar..makan ok, milo ais wajib…hahahahaha..sampaikan sekarang ni aku dah tak heran dengan milo ais…Muhammad Danish Ilman nama dia…


Syukur pada mu Ya Allah atas kurniaan mu dan keredhaan mu dalam rumahtangga kami…kau lindungilah keluargaku dari sebarang anasir jahat, kau berikanlah kesihatan yang baik, kau bukakanlah pintu2 rezeki buat kami…

Ahad, 29 September 2013

Tiada ungkapan yg terbaik

Salam....Allah Maha Esa, sesungguhnya tiada ungkapan utk menyatakan erti sakit yg di tanggung ini...serba tak kena dibuatnya...semakin hari semakin sakit...tiada air mata utk di alirkan...namun di dalam hati merintih kesakitan...alangkah bagusnya jika ada insan y sudi berada disisi ini 24 jam, tempat utk mengadu dan boleh la minta diurut atau dipicitkan mana yang sakit....

Serba tak kena dibuatnya...duduk salah, baring salah..takkan nak berdiri tegak ke macam askar nak berkawan la Pulak...Alllahuakbar...hanya di sini oh tempat aku meluahkan keluh kesah di dalam diri ini...semoga Allah mempermudahkan serta memberikan kesihatan yang terbaik buat aku...

Aku teramat rindukan utk kembali bekerja seperti dahulu...bertemu rakan2 pejabat yang baik2 semuanya...mereka amat menghiburkan aku...walaupun adakalanya berada dalam keadaan streesss kerja, tapi mampu tersenyum dengan karenah mereka...

Isnin, 23 September 2013

Ya Allah...Sakitnyaaa...

Dah 2hari, terasa sakit yang amat sangat...segala jenis ubat dah ditelan..tapi tak mau gak berkurangan...bila sakit camni nak bawak tido pun tak bleh....baring salah...duduk jer plak penat...so g jenjalan sikit baru ok...tp bkn bley jalan2 sangat tak larat...dugaan sungguh...

Aku redha dengan dugaan y diberikan...aku bersyukur kerana Allah menyayangi aku...sesungguhnya dengan dugaan ini, byk memberi kesedaran pada diri aku...muhasabah diri amat2lah perlu dan penting.. Alhamdulillah, sokongan moral daripada rakan2, keluarga, nurse2 dan juga para doktor membuatkan aku bertambah kuat..

Aku mencuba dengan tidak menumpukan perhatian terhadap rasa sakit...yasin dan ayat2 ruqyah lah sebagai peneman aku kini...selain berdoa memohon kepadanya supaya yang terbaik diberikan kepada aku.. nama pun perjalanan hidupkan...pasti ada pasang surutnya...

Bila kita dilahirkan, kita ni ibarat sehelai kain putih yang suci bersih...semakin kita membesar, makin banyak corak dan bentuk pada kain tersebut...adakalanya corak tu cantik berseni dan penuh kasih sayang...ada pula masanya terlalu hodoh lukisanya...ada yg bewarna warni seperti pelangi...dan ada yg hanya gelap...hitam dan mendung sahaja...segala warna dan corak tu dibentuk oleh kita dan ada yg sememangnya sudah ditakdirkan oleh Allah yang Maha Esa...inilah kehidupan...

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada aku..kau tunjukkanlah jalan yg terbaik utk aku lalui...kau permudahkanlah segalanya...org kat sakit ni mengahpuskan dosa2 kecil...Alhamdulillah...syukur...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sabtu, 14 September 2013

22hb Jun 2013 part 2

sambung balik cerita....dari 22hb Jun di masukkan ke wad ianya berlanjutan sehinga 22 hari...lama kan...aku pun tak sangka yang aku akan stay lama macam tu kat spital...selama 22 hari tu perlbagai perkara yang aku lalui...treatment yg diberikan seperti biasa la..ubat-ubatan dan physiotherapy...seminggu buat physio tak ada perubahan..so doktor cadangkan buat prosedur Epidurolysis...prosedur dijalankan pada 28hb Jun. 

Alhamdulillah selepas prosedur tu rasa sakit berkurangan dan doktor perlu monitor lbh kurang 3 hari..kalau ok boleh discharge...dalam tempoh 22 hari tu badan aku on n off demam dan ubat-ubatan yang diberi adalah pada dos yg maksimum...utk menunggu 3 hari tu, badan mula meragam...sakit seluruh badan terutama joint kat shoulder ni...sakit sangat...doktor buat pemeriksaan fizikal dan ujian darah sekali lagi bertujuan utk memastikan adakah aku mempunyai masalah arthritis atau tak...keputusannya adalah negetif..daripada situ doktor diagnos aku mempunyai masalah Fibromyalgia dimana muscle dan nerve aku semuanya dah menjadi terlampau sensitif...

Berdasarkan diagnosis baru tu, doktor refer aku kepada pakar bius utk buat satu lagi prosedur...tapi bukan semua pakar bius boleh buat prosedur tu...kat spital ni ada sorang jer pakar bius yang boleh buat iaitu Dr Azhar...prosedur tersebut ialah Ketamin Infusion...bila dengar ketamin jer aku terfikir dadah atau pil yang selalu digunakan oleh meraka yang ketagih dadah...atau yang gemar ke disko...so doktor pun bagi penjelasan..mmg benar dadah ketamin, tapi ianya diberikan dengan dos yang terkawal...dan ianya hanya boleh dilakukan di ICU sahaja sebab perlukan pemantauan rapi...

Bermulalah episod aku di ICU selama 3hari...aku dipantau rapi disitu..byk wayar berselirat kat badan aku...masa ml pertama dimasukkan, aku tak ada merasakan apa2 kesan..setengahjam berlalu aku still tak boleh tidur...doktor datang semula dan kali kedua ketamin dimasukkan barulah aku rasa mamai dan terus tertido..esok nya doktor masuk aku mmg mamai dan sekali lagi ditambah ketamin tu bertambah la mamai aku dibuatnya...mmg tak boleh bukak mata...masa doktor ortho dtg review pn aku mamai giler..nampak tak nampak jer muka dia..dia tanya soalan ada tak rasa halusinasi...aku jawab ada..dia kata itu biasa dan dia terus nak gerak...aku panggil n tanya..tapi tak terkeluar soalan sb terlampau mamai...hanya bahasa isyarat tangan jer yang aku bg...nasib baik la dia faham..."sekejap jer" jawab dia...sbnrnya aku nak tanya brp lama aku akan alami halusinasi...hehehehe...

Mlm pertama kat icu aku sempat bersms dgn best fren aku...dia pn same masuk spital tp berlainan spital...terima kasih aku ucapkan pada dia sb byk membantu aku dlm memulihkan kembali hbgn aku dgn ibu mertua aku...dia yang call kan ibu mertua aku menyatakan hasrat aku nak jumpa dengan nya...alhamdulillah pada hari kedua ibu mertua aku datang melawat...lawatan itu dipenuhi dengan luahan dan tangisan...tapi alhamdulillah serba sedikit ianya berjaya memperbaiki perhubungan aku dengan dia...

Hari ketiga, kawan2 ofis dan bos aku datang melawat...terharu rasanya...terima kasih atas keperihatinan semua..aku masih menunggu seseorang utk datang melawat...tapi masih tak muncul...bbrp sms dah aku hantar meluahkan apa yang terbuku dihati...ada balasan tapi sedikit hambar...aku redha tapi masih mengharap...sebelah petang aku telah di transfer semula ke wad....alhamdulillah..selesai sudah...

Dekat wad, aku still on n off sakit dan demam...pada satu hari jam lbh kurang 12 mlm...aku terima panggilan dari baby sitter...masa ni hubby baru jer balik dari melawat aku...aku dimaklumkan anak aku di serang asthma..berderau darah...aku tau, anak aku klau sekali kena serang asthma teruk dan if tak teruk takkan baby sitter call kan...aku pun terus call hubby suh dtg ambik aku kat spital dan terus balik rumah utk ambik anak aku...jarak antara rumah dan hospital yang aku masuk ni agak jauh, perjalan mengambil masa lbh kurang 40 minit...dlm masa yg sama aku minta babby sitter bawa anak aku ke klinik yg berdekatan utk dptkan rawatan sementara nak tunggu aku sampai..aku terus bawa anak ke hospital dan dimasukkan ke wad...so aku teruskan sesi berkampung sehingga anak discharge...

Penat sebenarnya...org sakit kena jaga org sakit jugak...terutama kanak2...mcm2 karenah nak kena dilayan..tapi dah nama pun tanggungjawabkan, seberat mana pun harus dipikul...Selain itu terima kasih pada adik zara dan sham yang datang melawat...itulah serba sedikit ceritanya...

Rabu, 4 September 2013

22HB JUN 2013... part 1

Berbulan2 lamanya laman ni terbiar...maaf la ye...admin kurang sihat...tahun lepas isu keluar masuk hospital jerrr yang di ceritakan...kali ni dan tahun ni....pun same jugak...sesungguhnya itu semua dugaan dari yang Maha Esa...

Pada 22hb Jun 2013 baru ni aku telah dimasukkan ke hospital buat kali ketiga utk tahun ni if not mistaken laaa...pada hari tersebut aku ada kuliah dan peperiksaan mid-sem...bermula pada 21hb Jun - 23hb Jun 2013...kiranya aku tak sempat la ambik exam utk paper 23hb. Petang sabtu bersamaan 22hb dalam kelas financial management tgh kuliah dan exam aku dah tak senang duduk...kejap berdiri, kejap duduk, kejap keluar ke tandas...tu semua sebab back pain dan dah turun ke kaki sekali dia punya sakit...bila duduk lama sikit jer, dia sakit...mmg tak boleh tahan la...padahal ubat dah telan...habis jer exam hari sabtu tu, tumpang member yg kebetulan nak balik rumah sepupu dia bersebelahan dengan hospital kebiasaan aku pergi...sampai kat spital, daftar kat emergency..sikit punya lah ramai org masa tu kat emergency...sampaikan tempat duduk penuh...terpaksa lah aku berdiri sementara menunggu giliran...dah la sakit, kena berdiri pulak tak...beg berat mcm ada batu dlm dia...perghkkk...!! mmg terbaik la kan..turn aku jumpa nurse, abis dia tanya itu ini, dia offer tuk duk kat dalam, baring terus kat katil...alhamdulillah, nasib baik dia memahami masalah aku...

Punca emergency dept tu penuh sb ade bbrp emergency kes...yang aku nampak dan diberitahu serta dengar ada kes dr HKL rujuk ke situ, lepas tu aku nampak la ada remaja cedera dok kat atas wheelchair...gaya nya mcm baru lepas kemalangan...kemudian ada jugak kes kemalangan but not serius...mcm2 lg la...hari tu Medical Officer bertugas adalah Dr. Sabri...apalah malang nasib aku jumpa dia lagi...tgk muka dia mmg tak bley bla laaaa...menyirap jer darah bila teringatkan kejadian yang lepas...but tgh sakit kn..redha jer laaa...bila dia dtg check aku, dia suh angkat kaki...pastu dia kata sakit sangat ke...ape ke jenis soklan tuuuuu....sabar2..then dia suh bg injection n observe setengah jam...dalam tempoh tu aku gelisah...baring serba tak kena..lepas tu bley plak nak terkucil...aduyyaiii....jln denga terhencut2, sampai ditegur oleh nurse...ok or not if not guna la wheelchair...aku menolak...setengah jam berlalu...aku menunggu kedatangan doktor utk check sekali lagi...but tak de...sejam lebih kemudian, aku dibiarkan terbaring seolah2 aku ni tak wujud bg mereka..aku nekad utk bg masa dlm 5 minit lg, if no action dr sesiapa baru aku nk tekan call bell.. tp mcm tau2 jer..lastly muncul la doktor tu...dia tanya ade kurang tak...aku kata la tak...n aku request if boleh inject lagi tak...dia kata tak boleh...yang boleh hanya bg mkn ubat...lepas tu dia kata aku boleh balik dan cepat2 jumpa ortho next week...coz hari sabtu ptg klinik pakar dah tutup...giler ape aku nak balik n dtg balik next week...bila dia tgk muka aku mcm tak puashati dgn cadangan dia tu, baru dia bersuara, or u warded jer laa...i dah call Dr. Syed, but dia on leave...so saya refer pd on call ortho...maka bermula la perjalanan aku tinggal di hospital....