Sabtu, 26 Oktober 2013

Apakah Kesudahannya

Salam,
Tahap kesihatan diri ini umpama graf pasaran saham yang sekajap turun dan sekejap naik dan adakalanya turun terus menerus hinggakan ke tahap negetif. Bbrp hari ni sememangnya keadaan badan kurang sihat. Bermacam-macam usaha telah doktor buat bukan seorang malah pernah melibatkan 3org doktor. Dengan ketamin infusion nya, steroid injection 13 tempat, semuanya hanya sementara jer berikan kesan terhadap tubuh badan ni. 

Mungkin sebab sakit ni dah terlalu lama ditanggung, so mengubatinya juga mungkin makan masa yang lama dan perlu kesabaran yang lebih. Ubat2an jangan cakap la mmg fullhouse dah...doktor pun tak berani dah nak increase kan ubat2 aku...bimbang akan menjejasklan kesihatan..nnti sakit yang ditanggung entah kemana, dapat pulak penyakit baru...kan lagi parah namanya tu..

Apa yang aku perlukan adalah kesabaran, Namun adakalanya terlintas difikiran ini bilakah semua ini akan berakhir...tak sanggup rasanya nak menanggung lagi...feeling down tu kadang2 hadir bila badan terlampau sakit dan menanggung berseorangan pada masa itu...selalunya bila kita sakit kita amat memerlukan insan tersayang berada disis kita sebagai pemberi semangat...

Allahuakbar...kau pertingkatkanlah kesabaran dan kekuatan diri ni. Hambamu yang kerdil ini sedar y Engkau amat menyayangi diri ini...terima kasih Ya Allah...aku tetap bersyukur kerana nikmat yang lain masih dapat aku nikmati...aminn..

Rabu, 23 Oktober 2013

Hanya Aku

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dingin mu mengundang rasa kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasih mu

Hanyaku yang mencari rembulan masih ada
Mugkin seketika
Walau ku bahagia
Mengejar bayangan mu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya Aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apakan kekal ataupun menyambut luka
Dan dirimu dijanji sang sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Hanyaku yang mencari rembulan masih ada
Mugkin seketika
Walau ku bahagia
Mengejar bayangan mu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya Aku


Ahad, 13 Oktober 2013

Bahagiamu Deritaku

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Diakan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkan ku perlahan2 ku terima
Semakinku sakit semakin kau bahagia
mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka
Dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkan ku perlahan2 ku terima
Semakinku sakit semakin kau bahagia
mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka
Dia membawa jantungku bersamamu


Afrina Admitted

salam...

Baru jer seminggu merasa tido kat umah sendiri after discharge from hospital...jumaat baru ni da kena berkampung balik kt spital gara2 anak asthma attack...dah la kelas da mula...penat nye laaaa....badan da mula rasa sakit2 tido kt tilam yg nipis n kurang selesa.

Hari ni keadaan dia much better cuma kahak masih byk lagi...dia pun da nampak ceria sikit dan takde mengadu sakit dada lagi...makan minum sume ok...so berharp sangat2 hari atau esok dapat balik..raya haji nak dekat dah..

Perancangan nak buat surprise beday parti terpaksa la tgguhkan...kena cari tarikh lain. lagipun hadiah utkabg belum cari lg...hurrmmmm....

Selasa, 8 Oktober 2013

Birthday Wish 2013

Happy besday SAYANG...semoga panjang umur dn dimurahkan rezeki dn Papa doakan mama cepat sembuh...dn ceriakan keluarga kita dn harum kn nama keluarga kita dn brp byk dn la...Dn papa Sayang mama...Muah...muah;;;muah.... (inilah sms dr my beloved husband)

Mcm ni la perangai dia..ada jer perkara yang kelakar dan kadang2 tu sakit ati kita ni dibuatnya sebab bila kita serius dia main2 plak...apa2 pun sayang, mama terima sayang seadanya...cuma no more noti2 cam zaman muda belia dulu....kita bina keluarga kita sebaik mungkin...kita didik anak2 kita sebaiknya...

Terima kasih kerana sabar melayan karenah mama yang adaklanya mood swing muing ni...but u know deep inside of my heart i love u n our family....

Ahad, 6 Oktober 2013

Happy Birthday To Me

Salam..

Pada tarikh ini tahun 1980, aku telah dilahirkan setelah dikandungkan oleh seorang ibu yang superb bersusah payah usung perut kesana kemari...terima kasih mak atas pengorbanan mak selama 33tahun ini...along sayang mak forever...kau adalah yg terbaik...along tau mak tersangat sayangkan anak2 mak yang dua org ni..cuma adakalanya mak tidak pandai utk mempamirkan perasaan itu...namun kami faham..

Terima kasih membesarkan anak mak yang degil ni...terima kasih sebab sanggup bersusah payah utk anak mak ini walaupun anak mak ni dah besar panjang dan dah ada anak pun...bukan sorang but 3 orang..manja kan anak mak ni...

Ya Allah ya Tuhanku terima kasih kerana masih memberikan kau nafas utk bernafas sehingga kehari ini..untuk aku menikmati segala nikmat yang telah kau hidangkan di dunia ini...kau juga memberi aku peluang utk sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik dan terbaik utk menghadapMU suatu masa nanti...alhamdulillah...semoga kau memberkatinya...

Sakit ini adalah kifarah buat diri ini...tidak pernah aku rasa menyesal atau mempersalahkan sesiapa..malah aku bersyukur...kerana dari situ aku belajar dimana salah aku...aku sedar dimana kurangnya aku...aku redha...dan Allah Maha Esa menguji kita kerana kita antara insan2 terpilih yang disayanginya.. DIA tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya...Allah itu MAHA ADIL...terima kasih Ya Allah...