Selasa, 25 November 2014

Sekian Lama Menyepi

Bissmillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekian lama menyepi..hari ini terdetik utk mencoretkan sesuatu.

Hampir 7 bln laman ini dibiarkan sepi dan berhabuk...pelbagai suka duka dilalui sepanjang tempoh tersebut..namun yang pasti impian utk menurunkan berat badan tercapai walaupun target masih jauh...

Sudah 2 bln menunggu perkhabaran dari office bkenaan status aku utk kembali bekerja..namun masih blm ada jwpn...permintaan mereka utk aku mendapatkn sec opinion dah aku penuhi...

Ya Allah...kau bantulah hambamu ini...kau permudahkanlah proses dan perjalanan ku ini..

Keadaan kesihatan skrg ni alhamdulillah lbh baik dr sebelum ni...ubat ubatan tlh bkurangan...dulu sekali telan 10 ke 16 biji 2 kali sehari...skrg ni sekali sehari 3 biji je...alhamdulillah...

Sekian dulu utk hari ini...ketemu lg di lain hari..

Rabu, 30 April 2014

ICU against

salam..

Berdebar2 rasanya nak menghadapai hari ini...ICU menjelma didalam minda lagi..this time for 3days.. maximum dose akan diberikan...berserta dengan ubat bius...Ya Allah kau permudahkan lah segala urusan ku ini..hanya engkau yang maha mengetahui dan menyayangi..

Beberapa hari ni badan terlalu sakit...hinggakan aku terpaksa tidur sepanjang hari...rasa saki yang sukar untuk diungkapkan...disebabkan oleh itu la..doktor memutuskan untuk buat procedur yang sama seperti sebelum ini di ICU..tapi kali ini akan mengambil masa yang panjang..kerana diselang selikan dengan ubat-ubatan yang lain,,,

Sabtu, 26 April 2014

Kesedihan Melanda

Ya Allah, betapa sedihnya hambamu ini hari ini..berikanlah kekuatan...setelah sekian lama air mata tidak mengalir...tumpah jua hari ni...

Wahai doktor, plsss think n do something...bila kata-kata...i have no idea...i already do my best..and all the medicine already in high dose...

Dah 2hari tangan ni kebas semula...but doktor kata dia tak boleh nak buat pape...saya tau doktor simpan sesuatu..saya tak la pandai sangat dlm bidang perubatan ni, tapi tak bermakna saya tak tau apa2 langsung..

If u don't want to tell me it's ok...may one day u will...u will doctor....

Dalam kesedihan ni, satu jer yang bermain diminda dan benak hati ini...rindukan anak2...seminggu dah tak jumpa anak...dengar suara pun tak dapat...abang, kakak dan adik...mama rindu sangat kat anak2 mama...

Rabu, 23 April 2014

Diet - kuruskan badan

Bila berat berlebihan banyak perkara yang terbatas utk dilakukan...adakalanya bila terpaksa buat jugak aktivit tu mula la cepat kepenatan....namun perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan..

Hasil perbincangan dengan doktor, kami sepakat utk tukar ubat yang boleh menggemukan (ubat yang bgs utk mengawal sakit aku) kepada ubat2an yang tidak mengganggu homon aku bagi membolehkan aku menurun berat badan dalam masa sebulan sebelum aku mula berkerja..but dengan syarat aku mesti melalukan senaman..

Aku plan untuk teruskan aktiviti aku ke gimnasium...rasa puas bila pergi gym sebab kita boleh monitor brp byk kalori yang telah dibakar..lagipun berbaloi dengan bayaran RM10 utk 2jam...itu pn dah pancit nak menghabiskan 2jam tu...

Tapi yang tak syok nye tak ade geng..kalau hubby nak join pun dia tak sekali tempat dengan kaum wanita..itu yang bgsnya diasingkan gym lelaki dan pompuan...so tak de la segan sangat..cuma la ni tunggu kelas yoga dan zumba...rasa mcm nak try..atas nasihat doktor yoga itu membantu...InsyaAllah...apa2 pun mesti atas izin dariNYA Yang Maha Esa...amin..

Rindu

salam,

Hati tetiba terasa rindu kat seseorang...dah lama tak rasa mcm tu...merindui insan yang bertahta dihati untuk sekian lamanya..

Adakah itu petanda yang positif dalam perhubungan ini...aku sendiri tak pasti..yang pasti dengan senangnya jari jemari menghantar text msg menyatakan kerinduan....namun tiada maklumbalas yang diterima..sejujurnya aku ternanti2kan balasan daripadanya..

Ya Allah, adakah itu satu petunjuk buat aku..dan dapat aku rasakan aura positif di salam diri ini...kesakitan yang di tanggung mula beransur2 reda kesakitannya...

Sejujurnya, aku tak bisa hidup tanpa kamu aku gila...seandainya kamu bisa mengulangi kembali cinta kita...aku aku hargai dan menjaganya sepenuh hati..

Selasa, 22 April 2014

Rindukanlah (Lirik)

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Daku berkelana
Mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria
Hingga tenggelam

Daku ini cinta sejati mu
Daku ini harapan hati mu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah hati

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku, ku adalah milikmu
Sayangku, ku adalah milikmu

Doa-doakanlah
Diriku di dalam hatimu
Di dalam nafasmu
Sepanjang hari-hari mu

Aku Terima Seadanya

salam,

Ya Allah, berat sungguh dugaan yang kau berikan...namun aku terimanya dengan penuh hikmah dan redha.. mungkin ada kebaikan disebaliknya...hanya Kau Yang Maha mengetahui...

Ya Allah, pinjamkanlah kekuatan untuk aku mengharungi semua ini...pinjamkanlah insan2 yang tersayang untuk mendampingiku memberi sokongan moral dan sebagai tiang pertahanan jiwa aku yang adakalanya rapuh...

Ya Allah, berikanlah cahaya dan keimanan yang utuh buatku...agar aku tidak mudah tersungkur di awal perjalanan hidup ini yang masih lagi jauh...yang belum pasti bagaimana rentak dan coraknya...

Ku mohon padaMU Ya Allah, bantulah hamba mu ini...amin..!!

Isnin, 21 April 2014

Hari Yang Sibuk

Salam,

Hari ni tersangat la bz...byk urusan yang diuruskan tadi...ni pn baru sejam sampai kat spital balik..

Pagi2 sediakan keperluan anak2 nak kena tidur kat umah bb sitter...siap semua pergi antha anak sek dan dalam masa yang sama jumpa cikgu sek...ada hal yang perlu di utarakan..lama juga la perbincangan kami..sementara tu hubby n anak2 pegi mkn dulu..

Selesai jer perbincangan, en husb pulak hantar dokumen pendaftaran darjah satu untuk anak yang bongsu.. dalam pada tu dapat pulak sms minta hantar ATM kad yang baru coz dah expired....pergi maybank uruskan..kat sini jer makan masa berjam nak settle...

Kemudian urusan dengan pihak perkeso pula...jam menunjukkan 3:30pm...smlm tulis kat borang masa nak kuar time off spital masuk balik kul 2pm...hehehehehe...terlajak sudah...urusan kat perkeso tak lama tapi jalan agak jem...akhirnya selesai jugak...

Jam 4:30pm lbh kurang semuanya selesai dan 10 minit lps tu aku smpi spital...smlm tgglkan bilik, kosong tak ade org lg 3 katil...arini masuk2 jer tgk penuh katil semua...pantang kosong ade jer pesakit yang baru masuk...

Sekarang badan rasa penat sikit...mata pun terasa letih tapi tak boleh nak lelap sb bising...

Ahad, 20 April 2014

Salahkah Hafiz ft Rossa (Lirik)

Salahkah ku bila
Mencintamu sepenuh hati
Sedang ku tahu pasti
Keluarga tak merestui

Biarkan dunia berputar
Seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba

Waktu merestui
Cinta yang terlarang
Untuk kita berdua

Dari jauh ku berlari
Mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya ku dapatkan semua

Dari situ ku sedari
Mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa termiliki

Salahkahku bila mencintamu
Mencinta sepenuh hati

Pendaftaran Darjah Satu 2015/2016

Kejap rasanya masa berlalu...2tahun lagi anak yang bongsu dah masuk darjah satu...rasa macam dia masih terlalu kecil lagi skrg ni walau pun umur dia dah 5tahun...cepatnya masa berlalu...aku rindu kan saat-saat anak2 masih baby lagi...rindu untuk melihat telatah dan gelagat mereka yang mencuit hati...

Bila ada anak kecil ni, balik kerja penat macam mana pun bila terlihat wajah mereka...hilang seketika penat tu..datang kembali kekuatan untuk melayan karenah mereka...

Teringin pula rasanya nak ada baby..tapi apakan keadaan tidak mengizinkan...kalau ada rezeki suatu hari nanti jika diberikan kesihatan, rezeki dan kesempatan teringin nak ambil anak angkat dari baru lahir...

Hari ni banyak entry yang dibuat...sebab tak tau nak buat apa dah kat dlm spital ni bila mata tak boleh nak lelap...

Doktor baru jer masuk tadi...bincang pasal ubat2an yang perlu dan bagaimana nak memenatkan mental...sebab bila mental penat opkos jadi letih dan ada peluang untuk dapat tidur yang lena dan panjang...

Tadi request balik sat, esok nak anta dokumen pendaftaran darjah satu anak bongsu yang sepatutnya kena hantar dalam tempoh 14hari selepas pendaftaran online.

La ni tunggu En. Husb kol jam berapa dia nak balik rumah kami dengan anak2...kena tggu dia abis job ptg ni...

Dengarlah Bintang Hatiku (Lirik)

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku

Hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjaga mu semampu sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku

Masih Mencintainya (Liril)

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayang mu padaku

Namun kini kau bukan miliku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu

Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Kerna kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupaknnya
Kerna ku masih mencintainya

Namun kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamau
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya....selamanya....

Roman Cinta (Lirik)

Sejak kamu
Pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu
Tak percayakan ku
Belahkanlah dada dan kau intiplah disitu
Pasti akan jumpa
Kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang palingku damba

Tanpa mu hilanglah makna
Untuk menikmati roman cinta
Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali roman cinta yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
Kau ulang semula
Menyanyangi aku kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling ku damba

Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati roman cinta
Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali roman cinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Roman cinta

Ku Relakan Jiwa (Lirik)

Ku sangka hidupku, selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku menapaki jalan
Arah yang tak pernahku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir, memberi cahaya
Membangunkanku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakanku kembali hidup dalam matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerana engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi hati untuk dicintai dan mencintai

(ulang *Engkaulah cinta)

Gambar/Picture

Kalau perasan dalam blog ni mmg tak banyak topik yang di sertakan dengan gambar2..tak mcm blog org lain penuh dengan pelbagai gambar yang menarik...
Aku malas nak attach atau dalam erti kata lain malas nak snap picture...lebih senang berkarya jer...itu pun meraban..if aku rasa rajin n perlu ada la gambar sekeping dua...

Masa memula dulu rajin la masukkan gambar, itu pun gambar anak2 jerr...yang lain mmg tak de la...

Mungkin suatu hari nnti terbuka pintu hati nak letak banyak picture....aku letak la..yang penting kat sini aku nak luahkan apa yang aku rasa dan berkongsi pelbagai info yang berguna...mana yang baik tu guna pakai la ye...mana yang meraban tu jgn diambil kira...

Plsss.....!!

salam

wahai jiran sebelah (sebelah katil tirai wad) kurangkanlah berdengkur...aku ni yang menadah telinga mendengar tak dapat nak tidur lena...dah la aku ni payah  nak dapat tidur lena...dengkuran anda telah mengganggu ketenteraman jiwa dan raga hamba ni...anda seronok jer tido...aku yang kena berjaga ni ha..

Bila dah berjaga ni mula la aku merapu kat sini...dan badan pn dah  mula bagi pain signal...cream panas dah sapu but utk sementara boleh la...lepas tu sakit balik...nak kena kerap disapu..mana nak mampu capai sebab sakitnya kat belakang badan...sape nak tolong sapukan...ni pun aku sapu ikut mana yang tercapai jer...plssss...!! aku nk jugak tido...

Sekarang ni da jam 5:34am...aku masih berjaga dari jam 3:30am lagi...dan merapu meraban kat sini...lambatnya nak masuk waktu solat subuh ni...penat da nak perah idea nak meraban kat sini...

Home Sick

salam.. 

Baca tajuk pun dah tau kan nak citer pasal apa....

Beberapa bulan kebelakangan ni aku asyik teringat kat kampung jer...rasa nak pergi bercuti kat sana untuk beberapa hari...

Nak dapatkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota..mana lah tau dengan keindahan pantai dan deruan ombak boleh membantu menenangkan dan mengurangkan kesakitan yang menimpa diri ini...Hanya Allah Yang Maha Esa sahaja yang Maha mengetahui apa yang aku rasa...

Namun hasrat terpaksa ditangguh hari demi hari kerana pelbagai urusan yang perlu dibuat...lagipun skrg ni bukan musim cuti sekolah...so agak sukar untuk bergerak ke mana2...dalam hati meruntun nak balik kg...sambil menyelam minum air ibaratnya...

Kalau diiikutkan hati dan perasaan, sekarang jugak drive balik kg...huhuhuhuhu....

Tidur Part 2

salam,

Hari ni tak dapat tidur lama...jam 12mlm baru dapat tidur sb ubat dapat lambat...itu aku tak kisah la sangat asalkan dapat tidur cukup 6 - 8 jam...tapi malangnya hari ni aku dapat tidur 3 jam setengah jer...

Gara-gara terjaga nak terkucil langsung tak boleh nak lelap mata ni..kalau kat rumah boleh la jugak buat aktiviti apa yang patut...tapi dalam wad ni aku nak buat apa...sudahnya aku ambil sebuah buku kecil yang tertulis Manzil dan Al-Mathurat..aku baca sampai habis...dalam hati berkata semoga dpt bertahan hingga waktu solat subuh...

Now, semuanya dah abis dibaca...waktu masih terlalu awal...silapnya kali ni aku lupa utk bawa Tablet dan Al-Quran..selalunya aku akan baca Al-quran untuk mengisi waktu terluang mcm ni....hurrmmm....penat kalau berterusan tak tido mcm ni...

Demi nak menghabiskan masa, aku merapu la kat blog ni...ini pun tak tau nak citer apa lagi..sebab dah kekeringan idea...

Eh..! jap rasanya mcm ada benda nak tulis ni..tapi dlm entri yang lain...wasalam..

Sabtu, 19 April 2014

Tips

Lancarkan Perjalanan Darah

Berbaringlah di tempat tidur atau lantai yang menghadap dinding. Perlahan-lahan angkat kaki dan rapatkan ke dinding selama lima minit. Posisi kaki yang lebih tinggi daripada jantung ini menjadikan sirkulasi darah dalam tubuh lebih lancar malah anda akan berasa lebih segar.

Kembali Kurus, Usah Gopoh!

Anda tidak digalakkan mula bersenam ketika masih dalam tempoh berpantang. Keinginan untuk kurus usah sampai memaksa diri. Tempoh masa kira-kira 2bulan diperlukan bagi memastikan luka jahitan betul-betul sembuh dan rahim yang bengkak sudah kembali normal. Di peringkat awal, anda boleh memulakan dengan berjalan-jalan di taman bersama bayi anda.

Kempiskan Perut

Benar, senaman abdominal membantu membaikim bentuk badan dan menguatkan otot. Namun, kesannya adalah minimum. Jadi, berhenti berharap agar lemak-lemak yang terdapat di sekitar otot-otot perut boleh dihapuskan terus dan cepat hanya dengan melakukakn senaman ini. Mengurangkan pengambilan kalori pasti membantu.

Lemak VS Selulit

Selain faktor umur, selulit terbentuk apabila jaringan lemak di bawah kulit rosak dan tidak dapat berhubung dengan lapisan lemak atau otot. Jika anda memiliki badan yang kurus dan berumur, kebarangkalian untuk mendapat selulit adalah tinggi. Senaman membantu mengurangkan lemak tetapi bukan selulit.

Skipping Bakar 1000 Kalori

Untuk membakar banyak kalori, anda tidak semestinya ke gimnasium, berjoging di taman atau ke kelas aerobik. Lakukan sahaja di rumah. Aktiviti skipping selama satu jam dipercayai mampu membakar lebih 1000 kalori. Jika anda masih baru, cukup 20 minit setiap hari dan tambahkan masa secara berperingkat. Anggota badan juga pasti berfungsi dengan lebih baik.

Bersenam Sebelum Tidur?

Banyak tip menyarankan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang baik dan nyenyak ialah dengan bersenam sebelum tidur. Ada benarnya juga tetapi pilihlah senaman ringan seperti berjoging. Elakkan senaman berat kerana ia dipercayai boleh menjadikan tidur anda lebih sukar dan bangun dalam keadaan penat.

Sumber Tenaga Segera

Setengah jam sebelum anda melangkah keluar dari rumah, minumlah segelas jus buah. Kadar gula di dalam minuman tersebut akan memberi anda suntikan tenaga 30 minit selepas meminumnya.

Bekerja Sambil Bakar Kalori

Memotong rumput seminggu sekali akan berubah menjadi senaman yang sihat untuk anda kerana ia membantu membakar kalori yang tidak diperlukan badan. Melakukakan selama 15 hingga 20 minit membolehkan  kira-kira 150 kalori berjaya dibakar.

Cara Untuk Mengelakkan Ekzema

Sekadar berkongsi Informasi

  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu.
  • Sekiranya anda ada alahan pada bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara binatang peliharaan ini.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.
  • Gunakan pakaian jenis kapas nipis.
  • Elakkan memakai pakaian menggunakan fabrik yang kasar.
  • Jangan menggunakan sabun apabila mandi. Seeloknya, gunakan emolien atau pembersih yang tidak bersabun (soap-free).
  • Gunakan krim pelembab setiap kali selepas mandi atau membasuh tangan. Cuba gunakan pelembab sekerap mungkin.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkkitan kuman pada kulit.
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.
(Artikel daripada Majalah Rapi)

Tidur

salam..

Kali ni nak citer pasal tidur...gara-gara tidur la aku kena tahan wad...sebab tak boleh tidur dengan lena dalam tempoh yang lama selama seminggu...akibatnya aku mula buat aktiviti y sepatutnya aku elakan...

Setelah 4hari kat dalam wad ni termasuk hari ini...day 1 aku diberi injection untuk tidur...mmg berkesan dan dapat tidur dengan lena...tapi sampai bila nak bergantung pada injection, tak baik untuk jangka masa panjang..dan aku perlu balik rumah dan buat rutin harian seperti biasa tanpa suntikan utk tidur...betul tak???

So doktor try n error kombinasi ubat...akhirnya mlm tadi aku dapat tidur dengan lena....alhamdulillah. mungkin sebab aku terlalu penat menguruslkan hal yang macam2 pada siang harinya...bila ditambah dengan kepenatan dan ubat ubatan itu yang membuat aku dapat tidur dengan lena...harap2 malam seterusnya aku dapat tidur dengan lena..

Aku dah tak sabar nak bekerja semula....rindu dengan suasana opis dan rakan2...semoga dipermudahkan segala urusan..amin..!!!

Khamis, 17 April 2014

Devider ooohhh devider

salam...

Seminggu ni mmg mcm2 hal la..dari tak boleh tido sampai ke hal devider...

Cerita pasal devider ni, kisahnya lbh kurang accident nye citer la...if not mistaken hari tu ari senin baru ni..mcm biasa tghari kena hantar anak pegi sek dan tggu anak yang sulong balik sek...kebetulan kwn dia nak balik rumah jauh n jalan kaki plak tu...so aku pun anta kan la balik...

Dalam kete aku bertekak ngan anak aku puncanya pasal seliper dia jer...dia ada training bola ptg tu so dia tak balik rumah la terus nak g sek lps mkn dlm kereta...katanya dia da masukkan seliper dalam kereta pagi2 tadi..tapi tak ada pn dlm kete...mula la dia buat muka..aku suh dia pakai kasut sek jer..katanya tak  nak...nampak sangat skema...hai budak2 skrg ni..baru darjah 5 tu dah pandai da demand itu ini...bertekak punya bertekak aku decide suh pakai selipar aku...

Lepas tapau air, dia makan bekal nasi y aku bawa..siap makan semua nak la kuar dari parking tepi kedai nak anta dia ke sek balik tuk training bola...

Seperti biasa...reverse kete, pastu balas nak drive ke depan la..ntah mcm mana aku boleh tak ingat atau tak perasan yang kat belah kiri tu ade devider bentuk U...apa lagi dengan selamba tekan minyak, terus la naik atas devider n duduk di tengah2 devider tu...sangkut kat situ...

Ya Allah, aku dah cuak..takut la langgar org ke apa...sekali  keluar tgk devider rupanya....dah sangkut kat situ tak boleh nk gerak...nasib baik la rakyat malaysia ni prihatin dan budiman...mereka la tolong angkat sambil di pandu perlahan kebelakang...di ulang...angkat tau...sb kalau tak angkat mmg tak boleh gerak kete tu...hampai 10 org jugak la menganggak..maklumlah lah kete jns MPV berat la kot...nasib baik tak ada kecederaan serius pada kete tu...abis2 pun calar bhgn bawah bumper jer...Syukur Alhamdulillah...

Accident Manja...

salam...

Kejadian berlaku rabu minggu lepas sewaktu dalam perjalanan nak g f/up kat spital...pemandunya adalah aku dan co pilot adalah en husband..patutnya dia y pandu, sb aku ni ada lesen L jer...tapi dia sakit belakang dan mengantuk, dia suh aku y bawa...

Selalu dah bawa kete, tp area rumah jer...kali ni sampai spital..time tu jem...ada plak kete jns honda ni nak menyelit tak bg signal dalam jarak yg terlampau dekat smpi nk break pn tak sempat..ape lagi...gedegang la kan....aku ingatkan calar jer...

Sampai spital, turun jer kete aku check kemek tu...melekuk dalam tu, nasib baik lampu spoiller kecik n lampu atas tak pecah...cuma tak calar jer...cat tak ada yg tanggal...pastu terkopak sikit bumper tu...en husb geleng kepala jer la...nak bebel pn dia takkan bebel sebab dia kata aku yg buat pada kete aku sendiri dan y pasti aku la y akan kene kuarkan duit nanti nak betulkan....fiuuuhhh...!!!

2 Minggu Lepas

salam...

After discharge 2 minggu lepas, smlm aku admitted balik...gara2 seminggu tak dapat tido dengan cukup dan semestinya sakit pun akan increase...dan satu perangai aku, bila tak cukup tido dan pada siang harinya rasa letih tapi tak boleh nak tido, aku akan lakukan segala macam kerja bagi mengalihkan fokus marah pada diri sendiri sb tak boleh nk tido..

So, segala aktiviti berat yang selama ini aku cuba elakkan...itu yang aku buat...selama 7 hari berturut-turut...dari mencuci bhgn dalam kereta, basuh kereta, polish kereta, menyusun atur semula rumah dan dapur, mencuci ruangan dapur termasuk mop lantai, lap dinding, cuci tandas dan bilik mandi...membasuh segala jenis kain yang boleh basuh la....kiranya dari dalam rumah sampai luar rumah...abis aku kerjakan...

Sakit??? selepas tu??? jgn cakap la....satu badan sapu krim panas selain daripada makan ubat  yang diberikan oleh doktor...tak byk kurang sakitnya but kuatkan jugak mental utk melawan....bkn jns aku nak meratap sakit kalau selagai boleh digerakkan badan ni...

Kebetulan pulak en husband tak ada...so tambah lagi satu tugas aku seminggu tu hantar dan ambil anak sekolah...walaupun terpaksa memandu dalam keadaan mcm melayang terbang jer...macam bawah pengaruh dadah pun ada...

Semalam, adalah hari utk f/up dgn doktor...time f/up tu mood mmg dah swing coz tak cukup tido...doktor pun tgk semcm jer kat aku...nak tak nak terpaksa masukkan aku ke wad jugak atleast boleh bg injection utk boleh aku rest n tido lena semalaman...

Today, doktor tak sampai2 lagi...mana la peginya...ke dia dtg time aku kuar g ampang point tadi...sempat lagi tu...maklumllah bosan...g mencari novel utk dibaca....

Ahad, 23 Mac 2014

Setelah 5 Bulan Menyepi...


Salam

Tidak disangka, diam tak diam hampir 5 bulan tak update any story kat sini. Hari ni tergerak hati nak bukak blog ni dan update apa yang mampu.

Blog ni seyap sepi seketika kerana masalah kesihatan yang tidak dpt dielakkan. Ianya turut juga kesan daripada ubat-ubatan yang diambil.

Dah lama sangat tak update tak tau nak mulakan cerita daripada mana. Dalam tempoh 5bulan ni macam-macam telah berlaku, sama ada yang dijangka mahupun tidak. Hurmmm…memandangkan buntu nak recall cerita-cerita lama, kita mulakan dengan berita terkini dahulu la..

La ni…ye la la ni…sekarang ni..this time, this that and this day aku menginap kat hospital. Ni da masuk hari kelima..sakit apa lagi as usual bak kata omputih…puncanya bila sakitnya da tak tertanggung dek jiwa raga sampaikan tido pun terganggu.

Actually, da sebulan lebih badan tak sihat..dalam sebulan itu rutin harian aku lebih kepada tidur. Aku hanya buat perkara asas dan wajib je..selebihnya aku tido..badan rasa terlalu lemah,letih dan sakit. Nak kata tak makan ubat, mmg tak pernah miss pun.

Next f/up adalah 26hb Feb, so masa tu aku cerita kat doctor..bukan satu tapi dua doctor..mcm biasa doctor ortho dan pain management. Doctor ortho up kan dosage ubat yang namanya lyrica (up to max), dan ditambah dengan predniselone(steroid) mana kala pain management pula, dia gantikan ubat amitripilin kpd dothiepin…ubat yang lain2 kekal…

3hari pertama badan rasa lebih baik dan cergas…sampaikan mampu kemas rumah, lipat semua kain yng mcm gunung ntah brp bulan tak berlipat. Aku rasa happy sangat…pada hari keempat, iaitu hari sabtu mak aku dating ambik kami anak beranak bawa tido rumah dia..en hubby ada kat umah mak dia sebab ada job PA System…alhamdulillah.

Kat rumah mak tak ada apa-apa aktiviti pun yang aku buat…tiba malamnya masa untuk tido..bila aku tgk bantal kat umah mak aku dah mula risau. Aku ni bab tido perkara pertama aku perlu berhati-hati dengan bantal…suspen kan, dah macam bantal tu bleh buat jenayah plak kat aku kan.

Sebetulnya mcm ni..sejak aku di diagnos mempunyai masalah “Cervical Spondylosis with Mild Prolapsed Disc” aku mula memerhati dan mengkaji apa yang boleh dan tak boleh aku buat atau guna atau pape jer la related. One of it’s bantal untuk tidur. Aku tak boleh tidur dengan sebarangan bantal…bantal yang  murah jual merata kat hypermarket kat Malaysia ni mmg tak serasi ngan aku. So dulu aku kerap shopping bantal…ada yg jumpa but sesuai utk guna sekejap jer…akhir sekali aku gabungkan bantal kekabu dengan bantal yg biasa jual dipasaran…maknanya bantal aku bertingkat-tingkat la kan…baru la sesuai..lama da aku guna bantal tu..now dah makin tak serasi mungkin sebab keanjalan bantal dah berkurangan. Tapi yang pasti bantal yg terdapat kat 3star and above hotel mmg tersangat sesuai. Begitu juga dengan bantal kat spital kebiasaan aku ni.

Panjang lebar citer pasal bantal ni..tp apa yg tak baiknya bantal pada aku kalau tak serasi??? Haaaa…mcm ni, bila bantal tu tak serasi dengan tengkok aku, tidur malam aku tak lena, terganggu kerana dok ubag posisi bantaql supaya lebih selesa tak tidak menyakitkan…last sekali bila bangun pagi, konfem kepala, tengkok dan bahu sakit…sakit yg aku tak boleh berikan gambaran secara skala iaitu dari skala 1 – 10..makin tinggi skala makin sakit tau..selalunya skala aku antara 7 ke 8.

So masa kat rumah mak, bantal yg aku guna tu mmg sekali pandang aku dah tau mmg cari nahas klau guna..memandangkan xde bantal lain coz mak aku baru jer pindah situ xsemua brg dia bw sebab rumah tu kecil. Malamnya mmg tak tido aku dibuatnya..anak2 pun aku tgk gelisah guna bantal2 tu sb licin kat tilam asyik menggelongsor jer…

Pagi ahad, aku bgn dengan keadaan sakit tahap gaban keluar api…siap dengan sakit kepala lagi. Tapi aku diam jer…tak la merungut sangat, Cuma ada la aku bgtau kat mak yang kepala aku sakit sebab bantal tu..ptgnya mak anta kami anak beranak balik. Maklumlah esokkan nak sekolah…lega rasanya dapat balik rumah sendiri. Terutama bila tgk tilam dan bantal aku…

Malam menjelma, seperti biasa aktiviti kami tgk tv dan anak-anak sibuk kemas beg masing2 utk ke sek esok. Nasib baiklah, sblm pegi rumah mak baju sek anak semua dah siap gosok utk seminggu. Mcm biasa, masa utk tidur…dua jam pertama lena..lepas tu dah tak boleh nak lena coz sakit sangat. Beberapa kali aku bgn tp tak tau nk buat apa dengan sakit tu..nak sapu krim panas sb dok tang belakang badan. En hubby lak blm balik lagi main badminton…merana jugakla..bila dgr je dia balik terus minta dia sapukan krim tu…makan masa jugak la dalam 15minit baru rasa kesan krim tu…tapi sekejap ja…puas la aku terjaga sepanjang malam…bila dapat tidur dlm jam 5:30am tu langsung terlajak..sian anak bujang tak pegi sek. Nasib baik la anak dara sek sesi ptg.

Malam selasa, perkara yang sama berulang..ubat yang aku makan seolah-olah tak memberi kesan pada aku. Nak tak nak aku kena tahan la…sebab esoknya ada f/up kat spital.