Ahad, 23 Mac 2014

Setelah 5 Bulan Menyepi...


Salam

Tidak disangka, diam tak diam hampir 5 bulan tak update any story kat sini. Hari ni tergerak hati nak bukak blog ni dan update apa yang mampu.

Blog ni seyap sepi seketika kerana masalah kesihatan yang tidak dpt dielakkan. Ianya turut juga kesan daripada ubat-ubatan yang diambil.

Dah lama sangat tak update tak tau nak mulakan cerita daripada mana. Dalam tempoh 5bulan ni macam-macam telah berlaku, sama ada yang dijangka mahupun tidak. Hurmmm…memandangkan buntu nak recall cerita-cerita lama, kita mulakan dengan berita terkini dahulu la..

La ni…ye la la ni…sekarang ni..this time, this that and this day aku menginap kat hospital. Ni da masuk hari kelima..sakit apa lagi as usual bak kata omputih…puncanya bila sakitnya da tak tertanggung dek jiwa raga sampaikan tido pun terganggu.

Actually, da sebulan lebih badan tak sihat..dalam sebulan itu rutin harian aku lebih kepada tidur. Aku hanya buat perkara asas dan wajib je..selebihnya aku tido..badan rasa terlalu lemah,letih dan sakit. Nak kata tak makan ubat, mmg tak pernah miss pun.

Next f/up adalah 26hb Feb, so masa tu aku cerita kat doctor..bukan satu tapi dua doctor..mcm biasa doctor ortho dan pain management. Doctor ortho up kan dosage ubat yang namanya lyrica (up to max), dan ditambah dengan predniselone(steroid) mana kala pain management pula, dia gantikan ubat amitripilin kpd dothiepin…ubat yang lain2 kekal…

3hari pertama badan rasa lebih baik dan cergas…sampaikan mampu kemas rumah, lipat semua kain yng mcm gunung ntah brp bulan tak berlipat. Aku rasa happy sangat…pada hari keempat, iaitu hari sabtu mak aku dating ambik kami anak beranak bawa tido rumah dia..en hubby ada kat umah mak dia sebab ada job PA System…alhamdulillah.

Kat rumah mak tak ada apa-apa aktiviti pun yang aku buat…tiba malamnya masa untuk tido..bila aku tgk bantal kat umah mak aku dah mula risau. Aku ni bab tido perkara pertama aku perlu berhati-hati dengan bantal…suspen kan, dah macam bantal tu bleh buat jenayah plak kat aku kan.

Sebetulnya mcm ni..sejak aku di diagnos mempunyai masalah “Cervical Spondylosis with Mild Prolapsed Disc” aku mula memerhati dan mengkaji apa yang boleh dan tak boleh aku buat atau guna atau pape jer la related. One of it’s bantal untuk tidur. Aku tak boleh tidur dengan sebarangan bantal…bantal yang  murah jual merata kat hypermarket kat Malaysia ni mmg tak serasi ngan aku. So dulu aku kerap shopping bantal…ada yg jumpa but sesuai utk guna sekejap jer…akhir sekali aku gabungkan bantal kekabu dengan bantal yg biasa jual dipasaran…maknanya bantal aku bertingkat-tingkat la kan…baru la sesuai..lama da aku guna bantal tu..now dah makin tak serasi mungkin sebab keanjalan bantal dah berkurangan. Tapi yang pasti bantal yg terdapat kat 3star and above hotel mmg tersangat sesuai. Begitu juga dengan bantal kat spital kebiasaan aku ni.

Panjang lebar citer pasal bantal ni..tp apa yg tak baiknya bantal pada aku kalau tak serasi??? Haaaa…mcm ni, bila bantal tu tak serasi dengan tengkok aku, tidur malam aku tak lena, terganggu kerana dok ubag posisi bantaql supaya lebih selesa tak tidak menyakitkan…last sekali bila bangun pagi, konfem kepala, tengkok dan bahu sakit…sakit yg aku tak boleh berikan gambaran secara skala iaitu dari skala 1 – 10..makin tinggi skala makin sakit tau..selalunya skala aku antara 7 ke 8.

So masa kat rumah mak, bantal yg aku guna tu mmg sekali pandang aku dah tau mmg cari nahas klau guna..memandangkan xde bantal lain coz mak aku baru jer pindah situ xsemua brg dia bw sebab rumah tu kecil. Malamnya mmg tak tido aku dibuatnya..anak2 pun aku tgk gelisah guna bantal2 tu sb licin kat tilam asyik menggelongsor jer…

Pagi ahad, aku bgn dengan keadaan sakit tahap gaban keluar api…siap dengan sakit kepala lagi. Tapi aku diam jer…tak la merungut sangat, Cuma ada la aku bgtau kat mak yang kepala aku sakit sebab bantal tu..ptgnya mak anta kami anak beranak balik. Maklumlah esokkan nak sekolah…lega rasanya dapat balik rumah sendiri. Terutama bila tgk tilam dan bantal aku…

Malam menjelma, seperti biasa aktiviti kami tgk tv dan anak-anak sibuk kemas beg masing2 utk ke sek esok. Nasib baiklah, sblm pegi rumah mak baju sek anak semua dah siap gosok utk seminggu. Mcm biasa, masa utk tidur…dua jam pertama lena..lepas tu dah tak boleh nak lena coz sakit sangat. Beberapa kali aku bgn tp tak tau nk buat apa dengan sakit tu..nak sapu krim panas sb dok tang belakang badan. En hubby lak blm balik lagi main badminton…merana jugakla..bila dgr je dia balik terus minta dia sapukan krim tu…makan masa jugak la dalam 15minit baru rasa kesan krim tu…tapi sekejap ja…puas la aku terjaga sepanjang malam…bila dapat tidur dlm jam 5:30am tu langsung terlajak..sian anak bujang tak pegi sek. Nasib baik la anak dara sek sesi ptg.

Malam selasa, perkara yang sama berulang..ubat yang aku makan seolah-olah tak memberi kesan pada aku. Nak tak nak aku kena tahan la…sebab esoknya ada f/up kat spital.