Jumaat, 1 April 2016

2015 Vs 2016

Assalamualaikum....

Sepi dan sepi....kini berkesempatan untuk mencoret pada hari ini..

Berakhir sudah tahun 2015 dan kini memulakan perjuangan bagi tahun 2016 pula...akhirnya tahun 2015 aku kembali berkerja..mencari sesuap rezeki buat family..Perjalanannya cukup mencabar mental dan fizikal terutama sekali.....Namun demi anak-anak aku gagahkan diri untuk menempuh segala cabaran dan halangan yang terhidang.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya dan berpuashati kerana berjaya membuktikan kepada seseorang yang aku mampu lakukan. Jika pada awalnya kemampuan aku diperlekehkan, kini dia mula memuji aku...Terima kasih Ya Allah...

Tahun ini (2016), aku akan cuba dan berusaha untuk membuat yang lebih baik..dengan kekurangan tenaga pekerja, maka perlulah mengerah keringat yang sedia ada ni sehabis mungkin...Semoga segalanya dipermudahkan...aamiinn..

Syukur ke hadrat Allah, exam semester Oct 2015 yang berakhir pada Feb 2016 aku lulus dengan baik. April 2016 akan bermula semester yang baru dan merupakan semester terakhir aku sekiranya aku lulus kesemua kursus. Maka akan berakhirlah perjalanan sebagai seorang student selama 5 tahun.

Amiinn...!!