Ahad, 20 Mac 2011

Welcome Home....Yeaaahhh...!!

Akhirnya, setelah hampir 2 mingu berkampung di hospital semuanya dah berakhir..bagaikan satu nikmat yang tak terhingga bila dapat balik ke rumah sendiri...merindui aktiviti harian di rumah serta berkumpul dengan anak2..bila dok kat hospital, keje aku melayan anak dan suami sakit ngan pelbagai karenahnya dan bila dia org tido or rest..aku ambil peluang meninjau2 internet menggunakan netbook kesayangan aku...sambil2 tu aku search la pelbagai info mengenai demam denggi,influenza A dan apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan..mencari maklumat dan mengetahui sesuatu penyakit adalah hobi aku dan berkaitan dengan bidang kerja aku sebenarnya..nnti ada masa akan aku update dlm blog ni mengenai kesihatan dan yang sewaktu dengannya untuk dikongsi bersama.

Semoga selepas ini tiada lagi episod berkampung di hospital...cuti tp memenatkan dan merunsingkan fikiran..boleh bikin stress wooo..kalau tak takan aku leh demam pada 2hari terakhir...doktor kata aku need rest coz terlalu penat dan stress...huhuhu...

Khamis, 17 Mac 2011

Alhamdulillah...

Pagi2 cm ni, doktor lom datang lagi..jap2 lg smpi la tu..kalau ikutkan kata doktor smlm, kalau dh tak demam dan tak ade cirit birit hari ni boleh discharge...YAHOOOOOO...!!!penat dh nak dok ka spital ni. Tak sabar dh nak balik umah tercinta..anak-anak yang lain still kat umah wan dia org..nnti wan nye anta la balik once kami dh balik rumah...

So far anak dara dh tak demam dan cirit birit...tinggal bengkak tang rahang tu je yang lom settle lg..doktor kata mkn masa mau seminggu..tak pe la...yang tu leh pantau kat rumah...

Selasa, 15 Mac 2011

Demam & Back Pain

Lapan hari bertahan jaga insan2 tersayang kat hospital, akhirnya pada hari ke sembilan,hari ni la..aku tewas...demam,sakit kepala,sakit belakang...ni kesan dari kurang rehat...tadi g kat emergency dapatkan rawatan..kena lah injection dan ambik darah...

Badan sememangnya terasa tersangatlah letih...tp aku kene bertahan sb anak dara still dlm wad..tak tau la bila leh discharge..

Room 608 - 609

Jangkaan aku tepat..anak dara aku kene tahan wad..doc kata bengkak kat rahang dia mcm mumps..tp kene investigate, sb bengkak dia di tengah2 rahang..jgn la ade yg serius..risau laaa...

Seawal jam 6pagi nurse datang cek tempreture, dia demam suhu 38 dan terus bg ubat demam...lepas selesai anak aku nk ke toilet...dh settle sume dia sambung tido...lbh kurang setengah jam lena..dia kejut aku, waktu tu keadaan bilik gelap, sb sume lampu tutup..dia kata "mama cuba tengok kat bantal ngan hidung kakak ni" aku pun cepat2 on lampu..aku tgk ade bleeding dr hidung dia agak banyak..meleleh2 kat bantal, tilam dan baju...aku terus panggil nurse utk tukar cadar ngan sarung bantal,pastu nurse bagi cool pack...dlm minda aku dh mcm2 fikir...jauhkanlah anak aku dr demam denggi..

Smlm nasib agak baik..bilik 2katil ada kosong..boleh la transfer papa dia sekali..kami dapat bilik yang sama, yang pernah abg dan papa dia duduk bbrp hari yang lepas...InsyaALLAH, kalau result darah ok..papa dia leh discharge hari ni..

Isnin, 14 Mac 2011

Macam-macam....

Allah ingin menguji kesabaran dan kekuatan aku lg..smlm mak kol, bgtau anak dara aku demam,cirit birit dan ade bengkak kat pipi bhgn rahang dia...kesiannya..dah la aku tak ada di sisi dia org masa ni..still kat hospital jaga hubby...

Aku minta mak bw dia ke klinik berdekatan dapatkan rawatan dan surat rujukan...boleh aku bawa jumpa pakar hari ini...bukan ape..masalah cirit birit dan muntah tiba-tiba waktu tido pukul 4 pagi dah berlarutan selama 2mggu on and off...termasuklah cirit birit..risau jugak aku...dari hal ni menjadi lebih serius, lebih baik aku dapatkan rawatan awal dari pakar...

Skrg ni tgh tunggu dia org sampai kat hospital..tadi aku dh set kan appointment dengan pakar kanak-kanak..pakar kanak-kanak yang kebiasaan merawat dia bercuti la pulak sehingaa 14hb Mac...so terpaksalah jumpa pakar lain..yang pernah merawat adik dan abang dia...

Harap2 tak ada yang serius dan paling penting janganlah kene tahan wad...huhuhu..