Khamis, 26 April 2012

LAPROSCOPY

Setelah hampir dua setengah tahun tak masuk hospital, ngeri pulak rasanya. Kejadian ni berlaku pada 15/04/2012. Cerita dia mcm ni, 11/04/2012 merupakan cuti umum...kami sekeluarga menghabiskan masa dengan bersantai di Desa Waterpark. Anak-anak bukan main seronok bermandi manda sehinggakan anak aku yang bongsu tak nak balik. Pada hari yang sama berlaku tsunami di Indonesia...aku dapat tau pun lepas balik dari mandi manda buka la FB(Facebook)....tgk pelbagai status update berkenaan kejadian tersebut....Alhamdulillah tidak sehebat tsunami yang berlaku pada tahun 2004.

Hari khamis 12/04/2012, menjalankan rutin kerja seperti biasa. Hari ni aku mula rasa tidak selesa pada perut. Mulanya aku anggap mungkin masuk angin (kembung). Aku abaikan je, sb rasa sakit dia tak la keterlaluan. Rutian harian dijalankan seperti biasa. Pada 13/04/2012 bersamaan hari jumaat, sakit makin bertambah dan lebih fokus pada bahagian bawah kanan perut...makin menginjak masa makin sakit sampaikan berjalan pun nak kena pegang perut. Sampaikan bos aku pun tegur, ko ni nape...aku pun bgtau la sakit perut...then dia tanya itu ini pastu dia kata, apendik kot...huishh...mintak jauh la kak...jangan cari pasal karang lama pulak saya cuti...dalam pada sakit tu aku sempat lagi buat kerja lebih masa. Sampai aje kat rumah sakit makin menjadi-jadi ditambah angin dalam perut memulas2 nak berjalan pun tersiksa rasanya, aku terus ke klinik. Setelah diperiksa doktor menyatakan mungkin bukan apendik sebab kawasan apendik sedikit bawah dari tempat yang aku rasa sakit. Doktor berikan aku ubat tahan sakit sahaja tetapi dengan satu pesanan, "kalau sakit ni berlarutan atau bertambah sakit, u terus pergi hospital untuk pemeriksaan lanjut".

Sabtu, 14/04/2012...sakit masih terasa walaupun dah telan ubat tahan sakit. Tapi aku gagahkan juga untuk ke tempat kerja. Dalam hati berkata, "dah kurang sikit rasanya ni, tak de pape la kot"...bbrp jam di opis sakit makin bertambah sehinggakan rasa nak g hospital la tu jugak...tapi bila di fikir2 balik, kene balik rumah dulu settlekan dulu hal anak2, pakaian kene pack dulu sb naluri mengatakan mesti kene tahan kat wad ni. Aku sampai kat rumah jam 5pm, settlekan ape yang patut dan malamnye pergi ke klinik minta surat rujukan. Doktor suruh g malam tu jugak tapi aku tak g pun.

15/04/2012, jam 8:30am aku naik erl ke KL Sentral sendiri dan ambil teksi ke Ampang Puteri Specialist Hospital. Sampai kat bhgn emergency dorg tgh buat spring cleaning la pulak...terpaksalah berdiri nak tunggu turn kene panggil jumpa doktor. Pas jumpa nurse aku diminta terus baring dan barulah doktor (MO) dtg check dia suruh admit sebab kene rujuk kes ni pada pakar. Aku relakan aje sebab dah tak tahan sakitnya. Dalam hati mmg berdebar2..bukan takut ape, takut nak kene masuk jarum jer (IV)....nurse kata kena masukkan jarum yang size besar sebab takut kene operate, kalau jarum kecik pakar bius tak berapa suka. Sikit la punya lama dia mencari urat nak cucuk, sekali cucuk...mak aihhh....sakit yg amat...tp tak berjaya...try lg sekali kat bhgn lain..kali ni sakit dia mmg boleh bg aku nangis...huhuhuhu....sakitttttttttt...!!!! pun tak dapat jugak...so nak tak nak terpaksa lah guna jarum size kecik (baby punye). Katanya urat halus ditambah ngan lom makan ngan minum mmg lah payah.Itu pun cam kene tak kene jer jarum tuh...

Wad 525, hmmm..berdebar2 menanti kedatangan doktor... General Surgeon Dr Jasmi Ali Yaakub, setelah dia tanya mcm2 soalan. 1. Ada demam - takde 2. Ade Muntah2 - takde 3. Kencing - ok je..hihihii sib baik tak jawab tak ada...pastu dia pun tekan2 la kat perut...dia cari spot baik nye tang apendik area...bila aku kata sakit, dia pun kata...hmmm apendik ni..."biar betul doktor" aku kata mcm tu sb naluri aku kata bkn apendik..."ini mmg kawasan dia lah ni"."ye ke"...ok mcm ni la doktor, doktor buat la ape yang patut, asal sakit ni ilang..."ok, yang saya boleh buat, saya akan tebuk 3lubang" aku menyampuk...laproscopy kan doktor?? Yup...kita tgk la kalau betul apendik then saya akan terus buang la dan tak perlulah buat hysteractomy (tak tau la betul tak ejaan ni). Sblm tu aku dah explain kat doktor yang aku ade masalah perekatan usus kat rahim so dia kene extra be carefull kalau nak buat pembedahan...dalam hati berdoa biarlah semuanya selamat dengan laproscopy je....

Jam 11:00am aku disorong ke dewan bedah dan diletakkan di ruang menunggu sementara nak tunggu pakar bius sampai..pada jam 11:25am aku dimasukkan ke bilik pembedahan...masa ni lah start berdebar2... oksigen diberikan, suntikan ubat tahan sakit dimasukkan kemudian disusuli dengan suntikan ubat yang membuatkan aku tidur...perit yang amat...sewaktu proses untuk buat aku tidur tu terasa la penyerapan ubat tu dalam badan sampaikan aku terasa mual dan pening...lepas tu aku tak tau dah ape yang terjadi...sedar2 nurse panggil nama aku suh bangun selepas semuanya selesai jam tika tu 1:20pm...perkara yang paling aku tak suka sebenarnya sb nurse akan panggil dengan nada yang tinggi...mcm la aku ni pekak...cuba la kejut org yg tgh lena tidur akibat bius tu elok2...pernah pengalaman sebelum ini...dah la panggil dengan kuatnya lepas tu salah pulak nama yang di panggil..mcmana la aku nak bagi respon...ape daa dorg ni...tp dalam pada mamai2 tu aku sempat la menyahut "nama salah la.." hahahahahaha....

Aku dihantar kembali ke wad, kepala memang mamai giler...sampai kat wad aku sambung tido balik... sehingga la dikejutkan oleh nurse yg datang buat pemeriksaan...tetiba rasa nak terkucil..selalunya kalau Pakar O&G dia akan masukkan tiub kencing, tp pakar yang ni tak la pulak. Terpaksalah minta tolong nurse papah bawa g toilet dalam keadaan kepala tak stabil, jalan pun rasa nak tumbang....Jam 3:30pm kalau tak salah la...maklumlah mamai lg...doktor datang melawat dan memaklumkan outcome pembedahan..pada tika ini rasa a bit sedih la sebab tak ade sape yang teman...sorang jer...huhuhuhuhuu...

Doktor : hasil dr pembedahan tadi, saya tgk apendik nampak mcm normal...tp sy buang jugak la..
Aku : mmm...ok..so
Doktor : tapi saya ade jumpa benda bewarna hitam dekat usus besar sebesar ibu jari...saya pun tak tau nak kata ape benda tu...kita dah hantar ke lab, so tunggu result
Aku : ooo...so brp lama result kluar (dlm hati dah cuak..?cancer ?tumour ?ade bhn tertinggal ke masa pembedahan bersalin 2tahun lepas)
Doktor : Disebabkan pembedahan hari ahad, lab pun tutup, so isnin baru anta lab dan makan masa 3 ke 4 hari jugaklah...
Aku : ok...



Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Perkahwinan 09 Mac 2012 - Semoga Berbahagia

Minggu lepas, Jumaat 09/12/2012 aku start cuti sebab nak kena balik kampung (Dungun,Trg) sempena Majlis Perkahwinan adik. Anak-anak sume hepi sebab dapat bercuti, nak2 cuti sekolah pun dah start...mmg penat, penat dengan perjalanan yang agak jauh, penat dengan karenah anak2 dan penat dengan aktiviti kenduri. Kami sekeluarga sampai hari Jumaat tu dah petang, sampai2 je terus aku tolong packing goodies beg dan siapkan bunga telur....together dengan my mak usu yang becok mulutnye tp very nice person.

Malam, sesi majlis akad nikah. Gara-gara lambat booking tok kadi dapat la turn yang terakhir jam 10pm..Ya Allah...jenuh menunggu...badan dah penat mata dah mengantuk..tp gagahkan jugak...selesai jugak akhirnya dengan 2kali lafaz...sian pengantin lelaki, berpeluh2...huhuhuhu...settle akad nikah, kami angkat kaki balik homestay, dlm kepala dah terbayang tilam ngan bantal je...sume ahli keluarga dari KL stay kat nearest homestay. Keluraga dari Terengganu dan siam ade yang tido kat umah sedara terdekat dan umah abah...

Sabtu dan Ahad majlis persandingan dan sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Sepanjang kenduri kami semua sibuk melayan tetamu, anak-anak pun tak terlayan dan pandai pulak dia org bawak diri.....seperti biasa majlis kenduri air selalu yang dihidangkan adalah air sejuk...dalam hati berkata-kata, mau ada yang batuk ni nanti...selesai majlis hari ahad kami terus balik ke Kuala Lumpur...Alhamdulillah sumenye telah selamat




Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Walau apa pun abah dan ibu serta adik-adik jangan dilupakan...Love u

Ahad, 4 Mac 2012

Bisakah....

Pernah ku terasa ingin membawa 
Cinta yang terlara ke titik mula 
Kembali mencuba untuk kali kedua 
Menggilapkkan gerhana jiwa 

Pernah ku terasa ingin merayu 
Pada kasih dulu pulang pada ku 
Lupakan dosa ku, putihkan kelabu 
Tenangkan amarahmu, namun

Bisakah yang terpadam dinyala 
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka, kalbu

Naluri meminta ku ungkap kata 
Seindah bahasa janjikan setia
Agar bersemilah cinta dihatinya 
Percaya ku semula, namun

Bisakah yang benci disayangi 
Bisakah yang dusta dimaafi
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka kalbu

Bila sendu ku berlinang sayu dlm rindu ku tertanya
Bisakah yang terpadam dinyala 
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka kalbu

Sabtu, 25 Februari 2012

Nukilan Rasa

Parut luka lama jika tidak dijaga mudah untuk berdarah kembali...jika ini berlaku maka agak sukar untuk memulihkannya kembali...oleh itu ia perlu dijaga dengan sebaik mungkin jika tidak mahu sesuatu yang tidak dingini berlaku...namun manusia mudah lupa dan juga sukar untuk bersyukur atas apa yang telah dikurniakan. Sewaktu sesuatu itu masih didalam genggangam, mereka tidak menghargainya...apabila ia mula berjauhan pada masa itulah mereka tersedar yang mereka amat memerlukannya..apabila ianya mula kembali didalam genggaman, diawalnya mereka menghargainya, tetapi lama kelamaan mereka alpa...namun ada diantara mereka juga merasakan jika masih didalam genggaman, walau ianya makin berjauhan mereka tidak kisah kerana ianya masih hak mutlak mereka...dimanakah keadilan?? 

Kematangan dalam menangani sesuatu adalah penting. Setiap tindakan yang diambil perlulah memikirkan pro dan kontra atas tindakan tersebut. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, kerana hidup ini saling bergantungan. Walau sehebat mana pun kuasa kita, darjat kita, taraf kekayaan kita dan sebagainya, dalam kehidupan hubungan sesama manusia itu adalah penting. Kita saling memerlukan samada sesama jantina atau sebaliknya. Setiap insan dikurniakan kekuatan dan kelemahan yang berbeza, maka kelemahan yang ada pada diri itulah yang memerlukan kita perbaiki dengan bimbingan sesama manusia yang mempunyai kekuatan terhadap kelemahan kita.

Hidup ini tidak sentiasa indah dan tidak sentiasa diatas. Adakalanya kita akan jatuh terduduk, tanpa sokongan  dari insan sekeliling sesungguhnya agak sukar untuk kita bangkit semula untuk menapak dan membina kehidupan yang baru. Kegagalan itulah pengalaman dan pengajaran kepada kita dan sebagai panduan untuk kita mencorak satu perjalanan hidup yang baru dan lebih baik dari sebelum ini. Dalam mencorak kehidupan didalam kehidupan berkeluarga, kerjasama adalah penting. Corak itu akan menjadi lebih cantik jika kerjasama serta permuafakatan itu wujud. Jika hanya sebelah pihak sahaja, ianya tidak akan seindah seperti yang diangankan. Kepincangan akan sentiasa wujud malah jika ianya dikawal dengan emosi maka liku-liku kehidupan itu akan menjadi lebih tajam dan lurah yang perlu didaki dan dituruni akan lebih sukar...

Kesimpulannya, hidup ini hanya sementara dan pinjaman semata-mata. Hiduplah dengan keamanan, kedamaian dan permuafakatan. Kecapi sisa-sisa yang ada dengan penuh nikmat. Hargai apa yang telah di anugerahkan kepada kita.Penuhinya dengan pengisian yang berguna sebagai bekalan. Ciptalah kegembiraan untuk diri sendiri dan gembirakanlah insan-insan sekeliling. InsyaALLAH, hidup ini akan lebih diberkati dan dirahmati olehNYA...ameen..

Ahad, 19 Februari 2012

Garisan Penamat Sesi Okt 2011/2012

Alhamdulillah, semalam 18/02/2012 tamat sudah untuk semester 3 dan paper terakhir exam. So far so good. Hopefully tak ada repeat paper la....last paper mmg best, walaupun ada la beberapa jawapan yang tak berapa nak kene...tapi konfiden tu ade. Paper paling sakit jiwa "Mikroekonomi"...hoh..suh cari untung boleh dapat negetif plak jawapan dia...pusing2 nye pusing formula dapat gak jawapan postitif tp sah2 la salah cara pengiraan tu...huhuhuhuhu....paper "Accounting" walaupun dapat jawab tp sume nye tak balance..tawakal jer la...bila tengok member2 kiri kanan ade yang termenung masa jawap soklan paper ni kesian plak terutama my best friend...minta jauh la dorg kene repeat paper...

Minda terasa amatlah lapang bila berakhirnya minggu exam....so next semester akan bermula pada penghujung bulan Apri 2012...berdebar-debar..sebab tak tau subjek ape yang akan menanti...now semester break boleh la berfoya2 dan tumpukan pada kerja...cerita bab kerja ni smmgnya menyakitkan hati...kalau boleh la ni jugak nak tukar dept...ok la..lupakan pasal kerja...

Next month ada school holiday...kene balik kampung (Dungun) sempena majlis perkahwinan adik. Tapi yang tak bestnya tak dapat cuti panjang...huhuhuhu..kedekut cuti tul la dorg ni...takpe2...ada la balasan dia nnti...harap-harap sume berjalan dengan lancar..Ameen...