Sabtu, 19 April 2014

Cara Untuk Mengelakkan Ekzema

Sekadar berkongsi Informasi

  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu.
  • Sekiranya anda ada alahan pada bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara binatang peliharaan ini.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.
  • Gunakan pakaian jenis kapas nipis.
  • Elakkan memakai pakaian menggunakan fabrik yang kasar.
  • Jangan menggunakan sabun apabila mandi. Seeloknya, gunakan emolien atau pembersih yang tidak bersabun (soap-free).
  • Gunakan krim pelembab setiap kali selepas mandi atau membasuh tangan. Cuba gunakan pelembab sekerap mungkin.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkkitan kuman pada kulit.
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.
(Artikel daripada Majalah Rapi)

Tidur

salam..

Kali ni nak citer pasal tidur...gara-gara tidur la aku kena tahan wad...sebab tak boleh tidur dengan lena dalam tempoh yang lama selama seminggu...akibatnya aku mula buat aktiviti y sepatutnya aku elakan...

Setelah 4hari kat dalam wad ni termasuk hari ini...day 1 aku diberi injection untuk tidur...mmg berkesan dan dapat tidur dengan lena...tapi sampai bila nak bergantung pada injection, tak baik untuk jangka masa panjang..dan aku perlu balik rumah dan buat rutin harian seperti biasa tanpa suntikan utk tidur...betul tak???

So doktor try n error kombinasi ubat...akhirnya mlm tadi aku dapat tidur dengan lena....alhamdulillah. mungkin sebab aku terlalu penat menguruslkan hal yang macam2 pada siang harinya...bila ditambah dengan kepenatan dan ubat ubatan itu yang membuat aku dapat tidur dengan lena...harap2 malam seterusnya aku dapat tidur dengan lena..

Aku dah tak sabar nak bekerja semula....rindu dengan suasana opis dan rakan2...semoga dipermudahkan segala urusan..amin..!!!

Khamis, 17 April 2014

Devider ooohhh devider

salam...

Seminggu ni mmg mcm2 hal la..dari tak boleh tido sampai ke hal devider...

Cerita pasal devider ni, kisahnya lbh kurang accident nye citer la...if not mistaken hari tu ari senin baru ni..mcm biasa tghari kena hantar anak pegi sek dan tggu anak yang sulong balik sek...kebetulan kwn dia nak balik rumah jauh n jalan kaki plak tu...so aku pun anta kan la balik...

Dalam kete aku bertekak ngan anak aku puncanya pasal seliper dia jer...dia ada training bola ptg tu so dia tak balik rumah la terus nak g sek lps mkn dlm kereta...katanya dia da masukkan seliper dalam kereta pagi2 tadi..tapi tak ada pn dlm kete...mula la dia buat muka..aku suh dia pakai kasut sek jer..katanya tak  nak...nampak sangat skema...hai budak2 skrg ni..baru darjah 5 tu dah pandai da demand itu ini...bertekak punya bertekak aku decide suh pakai selipar aku...

Lepas tapau air, dia makan bekal nasi y aku bawa..siap makan semua nak la kuar dari parking tepi kedai nak anta dia ke sek balik tuk training bola...

Seperti biasa...reverse kete, pastu balas nak drive ke depan la..ntah mcm mana aku boleh tak ingat atau tak perasan yang kat belah kiri tu ade devider bentuk U...apa lagi dengan selamba tekan minyak, terus la naik atas devider n duduk di tengah2 devider tu...sangkut kat situ...

Ya Allah, aku dah cuak..takut la langgar org ke apa...sekali  keluar tgk devider rupanya....dah sangkut kat situ tak boleh nk gerak...nasib baik la rakyat malaysia ni prihatin dan budiman...mereka la tolong angkat sambil di pandu perlahan kebelakang...di ulang...angkat tau...sb kalau tak angkat mmg tak boleh gerak kete tu...hampai 10 org jugak la menganggak..maklumlah lah kete jns MPV berat la kot...nasib baik tak ada kecederaan serius pada kete tu...abis2 pun calar bhgn bawah bumper jer...Syukur Alhamdulillah...

Accident Manja...

salam...

Kejadian berlaku rabu minggu lepas sewaktu dalam perjalanan nak g f/up kat spital...pemandunya adalah aku dan co pilot adalah en husband..patutnya dia y pandu, sb aku ni ada lesen L jer...tapi dia sakit belakang dan mengantuk, dia suh aku y bawa...

Selalu dah bawa kete, tp area rumah jer...kali ni sampai spital..time tu jem...ada plak kete jns honda ni nak menyelit tak bg signal dalam jarak yg terlampau dekat smpi nk break pn tak sempat..ape lagi...gedegang la kan....aku ingatkan calar jer...

Sampai spital, turun jer kete aku check kemek tu...melekuk dalam tu, nasib baik lampu spoiller kecik n lampu atas tak pecah...cuma tak calar jer...cat tak ada yg tanggal...pastu terkopak sikit bumper tu...en husb geleng kepala jer la...nak bebel pn dia takkan bebel sebab dia kata aku yg buat pada kete aku sendiri dan y pasti aku la y akan kene kuarkan duit nanti nak betulkan....fiuuuhhh...!!!

2 Minggu Lepas

salam...

After discharge 2 minggu lepas, smlm aku admitted balik...gara2 seminggu tak dapat tido dengan cukup dan semestinya sakit pun akan increase...dan satu perangai aku, bila tak cukup tido dan pada siang harinya rasa letih tapi tak boleh nak tido, aku akan lakukan segala macam kerja bagi mengalihkan fokus marah pada diri sendiri sb tak boleh nk tido..

So, segala aktiviti berat yang selama ini aku cuba elakkan...itu yang aku buat...selama 7 hari berturut-turut...dari mencuci bhgn dalam kereta, basuh kereta, polish kereta, menyusun atur semula rumah dan dapur, mencuci ruangan dapur termasuk mop lantai, lap dinding, cuci tandas dan bilik mandi...membasuh segala jenis kain yang boleh basuh la....kiranya dari dalam rumah sampai luar rumah...abis aku kerjakan...

Sakit??? selepas tu??? jgn cakap la....satu badan sapu krim panas selain daripada makan ubat  yang diberikan oleh doktor...tak byk kurang sakitnya but kuatkan jugak mental utk melawan....bkn jns aku nak meratap sakit kalau selagai boleh digerakkan badan ni...

Kebetulan pulak en husband tak ada...so tambah lagi satu tugas aku seminggu tu hantar dan ambil anak sekolah...walaupun terpaksa memandu dalam keadaan mcm melayang terbang jer...macam bawah pengaruh dadah pun ada...

Semalam, adalah hari utk f/up dgn doktor...time f/up tu mood mmg dah swing coz tak cukup tido...doktor pun tgk semcm jer kat aku...nak tak nak terpaksa masukkan aku ke wad jugak atleast boleh bg injection utk boleh aku rest n tido lena semalaman...

Today, doktor tak sampai2 lagi...mana la peginya...ke dia dtg time aku kuar g ampang point tadi...sempat lagi tu...maklumllah bosan...g mencari novel utk dibaca....