Ahad, 20 April 2014

Gambar/Picture

Kalau perasan dalam blog ni mmg tak banyak topik yang di sertakan dengan gambar2..tak mcm blog org lain penuh dengan pelbagai gambar yang menarik...
Aku malas nak attach atau dalam erti kata lain malas nak snap picture...lebih senang berkarya jer...itu pun meraban..if aku rasa rajin n perlu ada la gambar sekeping dua...

Masa memula dulu rajin la masukkan gambar, itu pun gambar anak2 jerr...yang lain mmg tak de la...

Mungkin suatu hari nnti terbuka pintu hati nak letak banyak picture....aku letak la..yang penting kat sini aku nak luahkan apa yang aku rasa dan berkongsi pelbagai info yang berguna...mana yang baik tu guna pakai la ye...mana yang meraban tu jgn diambil kira...

Plsss.....!!

salam

wahai jiran sebelah (sebelah katil tirai wad) kurangkanlah berdengkur...aku ni yang menadah telinga mendengar tak dapat nak tidur lena...dah la aku ni payah  nak dapat tidur lena...dengkuran anda telah mengganggu ketenteraman jiwa dan raga hamba ni...anda seronok jer tido...aku yang kena berjaga ni ha..

Bila dah berjaga ni mula la aku merapu kat sini...dan badan pn dah  mula bagi pain signal...cream panas dah sapu but utk sementara boleh la...lepas tu sakit balik...nak kena kerap disapu..mana nak mampu capai sebab sakitnya kat belakang badan...sape nak tolong sapukan...ni pun aku sapu ikut mana yang tercapai jer...plssss...!! aku nk jugak tido...

Sekarang ni da jam 5:34am...aku masih berjaga dari jam 3:30am lagi...dan merapu meraban kat sini...lambatnya nak masuk waktu solat subuh ni...penat da nak perah idea nak meraban kat sini...

Home Sick

salam.. 

Baca tajuk pun dah tau kan nak citer pasal apa....

Beberapa bulan kebelakangan ni aku asyik teringat kat kampung jer...rasa nak pergi bercuti kat sana untuk beberapa hari...

Nak dapatkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota..mana lah tau dengan keindahan pantai dan deruan ombak boleh membantu menenangkan dan mengurangkan kesakitan yang menimpa diri ini...Hanya Allah Yang Maha Esa sahaja yang Maha mengetahui apa yang aku rasa...

Namun hasrat terpaksa ditangguh hari demi hari kerana pelbagai urusan yang perlu dibuat...lagipun skrg ni bukan musim cuti sekolah...so agak sukar untuk bergerak ke mana2...dalam hati meruntun nak balik kg...sambil menyelam minum air ibaratnya...

Kalau diiikutkan hati dan perasaan, sekarang jugak drive balik kg...huhuhuhuhu....

Tidur Part 2

salam,

Hari ni tak dapat tidur lama...jam 12mlm baru dapat tidur sb ubat dapat lambat...itu aku tak kisah la sangat asalkan dapat tidur cukup 6 - 8 jam...tapi malangnya hari ni aku dapat tidur 3 jam setengah jer...

Gara-gara terjaga nak terkucil langsung tak boleh nak lelap mata ni..kalau kat rumah boleh la jugak buat aktiviti apa yang patut...tapi dalam wad ni aku nak buat apa...sudahnya aku ambil sebuah buku kecil yang tertulis Manzil dan Al-Mathurat..aku baca sampai habis...dalam hati berkata semoga dpt bertahan hingga waktu solat subuh...

Now, semuanya dah abis dibaca...waktu masih terlalu awal...silapnya kali ni aku lupa utk bawa Tablet dan Al-Quran..selalunya aku akan baca Al-quran untuk mengisi waktu terluang mcm ni....hurrmmm....penat kalau berterusan tak tido mcm ni...

Demi nak menghabiskan masa, aku merapu la kat blog ni...ini pun tak tau nak citer apa lagi..sebab dah kekeringan idea...

Eh..! jap rasanya mcm ada benda nak tulis ni..tapi dlm entri yang lain...wasalam..

Sabtu, 19 April 2014

Tips

Lancarkan Perjalanan Darah

Berbaringlah di tempat tidur atau lantai yang menghadap dinding. Perlahan-lahan angkat kaki dan rapatkan ke dinding selama lima minit. Posisi kaki yang lebih tinggi daripada jantung ini menjadikan sirkulasi darah dalam tubuh lebih lancar malah anda akan berasa lebih segar.

Kembali Kurus, Usah Gopoh!

Anda tidak digalakkan mula bersenam ketika masih dalam tempoh berpantang. Keinginan untuk kurus usah sampai memaksa diri. Tempoh masa kira-kira 2bulan diperlukan bagi memastikan luka jahitan betul-betul sembuh dan rahim yang bengkak sudah kembali normal. Di peringkat awal, anda boleh memulakan dengan berjalan-jalan di taman bersama bayi anda.

Kempiskan Perut

Benar, senaman abdominal membantu membaikim bentuk badan dan menguatkan otot. Namun, kesannya adalah minimum. Jadi, berhenti berharap agar lemak-lemak yang terdapat di sekitar otot-otot perut boleh dihapuskan terus dan cepat hanya dengan melakukakn senaman ini. Mengurangkan pengambilan kalori pasti membantu.

Lemak VS Selulit

Selain faktor umur, selulit terbentuk apabila jaringan lemak di bawah kulit rosak dan tidak dapat berhubung dengan lapisan lemak atau otot. Jika anda memiliki badan yang kurus dan berumur, kebarangkalian untuk mendapat selulit adalah tinggi. Senaman membantu mengurangkan lemak tetapi bukan selulit.

Skipping Bakar 1000 Kalori

Untuk membakar banyak kalori, anda tidak semestinya ke gimnasium, berjoging di taman atau ke kelas aerobik. Lakukan sahaja di rumah. Aktiviti skipping selama satu jam dipercayai mampu membakar lebih 1000 kalori. Jika anda masih baru, cukup 20 minit setiap hari dan tambahkan masa secara berperingkat. Anggota badan juga pasti berfungsi dengan lebih baik.

Bersenam Sebelum Tidur?

Banyak tip menyarankan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang baik dan nyenyak ialah dengan bersenam sebelum tidur. Ada benarnya juga tetapi pilihlah senaman ringan seperti berjoging. Elakkan senaman berat kerana ia dipercayai boleh menjadikan tidur anda lebih sukar dan bangun dalam keadaan penat.

Sumber Tenaga Segera

Setengah jam sebelum anda melangkah keluar dari rumah, minumlah segelas jus buah. Kadar gula di dalam minuman tersebut akan memberi anda suntikan tenaga 30 minit selepas meminumnya.

Bekerja Sambil Bakar Kalori

Memotong rumput seminggu sekali akan berubah menjadi senaman yang sihat untuk anda kerana ia membantu membakar kalori yang tidak diperlukan badan. Melakukakan selama 15 hingga 20 minit membolehkan  kira-kira 150 kalori berjaya dibakar.