Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Perkahwinan 09 Mac 2012 - Semoga Berbahagia

Minggu lepas, Jumaat 09/12/2012 aku start cuti sebab nak kena balik kampung (Dungun,Trg) sempena Majlis Perkahwinan adik. Anak-anak sume hepi sebab dapat bercuti, nak2 cuti sekolah pun dah start...mmg penat, penat dengan perjalanan yang agak jauh, penat dengan karenah anak2 dan penat dengan aktiviti kenduri. Kami sekeluarga sampai hari Jumaat tu dah petang, sampai2 je terus aku tolong packing goodies beg dan siapkan bunga telur....together dengan my mak usu yang becok mulutnye tp very nice person.

Malam, sesi majlis akad nikah. Gara-gara lambat booking tok kadi dapat la turn yang terakhir jam 10pm..Ya Allah...jenuh menunggu...badan dah penat mata dah mengantuk..tp gagahkan jugak...selesai jugak akhirnya dengan 2kali lafaz...sian pengantin lelaki, berpeluh2...huhuhuhu...settle akad nikah, kami angkat kaki balik homestay, dlm kepala dah terbayang tilam ngan bantal je...sume ahli keluarga dari KL stay kat nearest homestay. Keluraga dari Terengganu dan siam ade yang tido kat umah sedara terdekat dan umah abah...

Sabtu dan Ahad majlis persandingan dan sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Sepanjang kenduri kami semua sibuk melayan tetamu, anak-anak pun tak terlayan dan pandai pulak dia org bawak diri.....seperti biasa majlis kenduri air selalu yang dihidangkan adalah air sejuk...dalam hati berkata-kata, mau ada yang batuk ni nanti...selesai majlis hari ahad kami terus balik ke Kuala Lumpur...Alhamdulillah sumenye telah selamat




Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Walau apa pun abah dan ibu serta adik-adik jangan dilupakan...Love u

Ahad, 4 Mac 2012

Bisakah....

Pernah ku terasa ingin membawa 
Cinta yang terlara ke titik mula 
Kembali mencuba untuk kali kedua 
Menggilapkkan gerhana jiwa 

Pernah ku terasa ingin merayu 
Pada kasih dulu pulang pada ku 
Lupakan dosa ku, putihkan kelabu 
Tenangkan amarahmu, namun

Bisakah yang terpadam dinyala 
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka, kalbu

Naluri meminta ku ungkap kata 
Seindah bahasa janjikan setia
Agar bersemilah cinta dihatinya 
Percaya ku semula, namun

Bisakah yang benci disayangi 
Bisakah yang dusta dimaafi
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka kalbu

Bila sendu ku berlinang sayu dlm rindu ku tertanya
Bisakah yang terpadam dinyala 
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku 
Bisakah terbuka kalbu

Sabtu, 25 Februari 2012

Nukilan Rasa

Parut luka lama jika tidak dijaga mudah untuk berdarah kembali...jika ini berlaku maka agak sukar untuk memulihkannya kembali...oleh itu ia perlu dijaga dengan sebaik mungkin jika tidak mahu sesuatu yang tidak dingini berlaku...namun manusia mudah lupa dan juga sukar untuk bersyukur atas apa yang telah dikurniakan. Sewaktu sesuatu itu masih didalam genggangam, mereka tidak menghargainya...apabila ia mula berjauhan pada masa itulah mereka tersedar yang mereka amat memerlukannya..apabila ianya mula kembali didalam genggaman, diawalnya mereka menghargainya, tetapi lama kelamaan mereka alpa...namun ada diantara mereka juga merasakan jika masih didalam genggaman, walau ianya makin berjauhan mereka tidak kisah kerana ianya masih hak mutlak mereka...dimanakah keadilan?? 

Kematangan dalam menangani sesuatu adalah penting. Setiap tindakan yang diambil perlulah memikirkan pro dan kontra atas tindakan tersebut. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, kerana hidup ini saling bergantungan. Walau sehebat mana pun kuasa kita, darjat kita, taraf kekayaan kita dan sebagainya, dalam kehidupan hubungan sesama manusia itu adalah penting. Kita saling memerlukan samada sesama jantina atau sebaliknya. Setiap insan dikurniakan kekuatan dan kelemahan yang berbeza, maka kelemahan yang ada pada diri itulah yang memerlukan kita perbaiki dengan bimbingan sesama manusia yang mempunyai kekuatan terhadap kelemahan kita.

Hidup ini tidak sentiasa indah dan tidak sentiasa diatas. Adakalanya kita akan jatuh terduduk, tanpa sokongan  dari insan sekeliling sesungguhnya agak sukar untuk kita bangkit semula untuk menapak dan membina kehidupan yang baru. Kegagalan itulah pengalaman dan pengajaran kepada kita dan sebagai panduan untuk kita mencorak satu perjalanan hidup yang baru dan lebih baik dari sebelum ini. Dalam mencorak kehidupan didalam kehidupan berkeluarga, kerjasama adalah penting. Corak itu akan menjadi lebih cantik jika kerjasama serta permuafakatan itu wujud. Jika hanya sebelah pihak sahaja, ianya tidak akan seindah seperti yang diangankan. Kepincangan akan sentiasa wujud malah jika ianya dikawal dengan emosi maka liku-liku kehidupan itu akan menjadi lebih tajam dan lurah yang perlu didaki dan dituruni akan lebih sukar...

Kesimpulannya, hidup ini hanya sementara dan pinjaman semata-mata. Hiduplah dengan keamanan, kedamaian dan permuafakatan. Kecapi sisa-sisa yang ada dengan penuh nikmat. Hargai apa yang telah di anugerahkan kepada kita.Penuhinya dengan pengisian yang berguna sebagai bekalan. Ciptalah kegembiraan untuk diri sendiri dan gembirakanlah insan-insan sekeliling. InsyaALLAH, hidup ini akan lebih diberkati dan dirahmati olehNYA...ameen..

Ahad, 19 Februari 2012

Garisan Penamat Sesi Okt 2011/2012

Alhamdulillah, semalam 18/02/2012 tamat sudah untuk semester 3 dan paper terakhir exam. So far so good. Hopefully tak ada repeat paper la....last paper mmg best, walaupun ada la beberapa jawapan yang tak berapa nak kene...tapi konfiden tu ade. Paper paling sakit jiwa "Mikroekonomi"...hoh..suh cari untung boleh dapat negetif plak jawapan dia...pusing2 nye pusing formula dapat gak jawapan postitif tp sah2 la salah cara pengiraan tu...huhuhuhuhu....paper "Accounting" walaupun dapat jawab tp sume nye tak balance..tawakal jer la...bila tengok member2 kiri kanan ade yang termenung masa jawap soklan paper ni kesian plak terutama my best friend...minta jauh la dorg kene repeat paper...

Minda terasa amatlah lapang bila berakhirnya minggu exam....so next semester akan bermula pada penghujung bulan Apri 2012...berdebar-debar..sebab tak tau subjek ape yang akan menanti...now semester break boleh la berfoya2 dan tumpukan pada kerja...cerita bab kerja ni smmgnya menyakitkan hati...kalau boleh la ni jugak nak tukar dept...ok la..lupakan pasal kerja...

Next month ada school holiday...kene balik kampung (Dungun) sempena majlis perkahwinan adik. Tapi yang tak bestnya tak dapat cuti panjang...huhuhuhu..kedekut cuti tul la dorg ni...takpe2...ada la balasan dia nnti...harap-harap sume berjalan dengan lancar..Ameen...

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kejadian yang buat aku Panic

25 Jul 2011, 2.00pm aku terima panggilan dari en hasben bertanyakan ubat batuk utk anak dara aku. Katanya, anak dara yang mintak...aku dah syak, ni mesti asthma dia menyerang..aku minta en hasben bg nebulizer terus...sejam kemudian aku call tanya perkembangan..katanya sedang tidur lepas nebulizer...lega aku dengar..seperti biasa di opis keje smmgnya melambak, tambahan pula hari isnin dan turn aku untuk buat registration for new incoming cases..hari isnin aka monday blues ni la pc aku suka wat hal...banyak kerja aku yang tergendala dek perangai pc yang mengada2...kasi spoil mood aku jer...

Jam 4.45pm, aku terima paggilan dr en hasben lg...dia suh aku bercakap ngan anak dara aku....kedengaran suara anak dara menangis2...dalam pada tu aku boleh dengar bunyi yang aku tak suka dengar iaitu wheezing....arrghhh...!! hati mula risau...anak aku yang sorang ni jenis tahan sakit...pernah la kene ekzos moto melecur dia buat tak tau je...tak nangis dan tak bgtau kat kami pn...dh mlm nk mandi aku yg terperasan melecur tu bertanya dan baru dia citer...hohohohoho....so bila aku dengar dia menagis2 dlm talian, dan mengadu sakit dada..aku tau..dia dlm kesakitan sangat..sedangkan baru saja en hasben bg nebulizer utk kali kedua...aku cuba tenangkan dia...sb lg dia nangis lg bertambah la sakit dan semputnya....aku minta en hasben bw dia g klinik kat rumah dulu dan perkara yang sama doktor lakukan..bg nebulizer...tp tak membuahkan hasil dan dia minta kami bawa anak dara ke hospital....

Aku dapat rasakan, asthma attack kali ni teruk...aku minta kebenaran untuk balik 15minit awal..atleast confirm aku leh naik train kul 6.00pm...kalau kuar cam biasa...dh mula ramai org sah2 tak sure dapat naik train 6.00pm or tak..sampai kat rumah aku tengok keadaan dia agak kritikal...aku terus bersiap packing baju sb aku tau confirm kene tahan wad...sepanjang perjalanan ke hospital keadan dia bertambah kritikal...bernafas pn pendek2 dan lemah je...kuku tangan pn dh  mula kebiruan...aku dh mula panic dan aku rasakan perjalanan jauh sangat..kalau boleh nk je aku terbang terus ke hospital..masa tu aku rasa seolah2 aku takkan sempat beri dia rawatan kat hospital...syukur Alhamdulillah, sampai juga ke hospital..dan tak perlu tunggu lama terus dimasukkan ke Emergency Room Red Zone....diberi lg nebulizer dan ubat melalui suntikan...bacaan kandungan oksigen didalam badan dibawah 93%. Alhamdulillah 4hari di hospital, keadaan beransur pulih dan skrg ni on medication...



Masa ni masih kat Emergency Room...tak bermaya...kesiannn...!!