Ahad, 25 November 2012

Program Sejambak Kasih Buat Adikku

Alhamdulillah, pada 24hb Nov 2012 bertempat di Rumah Amal Baitul Fitrah Bandar Country Homes, Rawang berlangsungnya program amal yg tlh dirancang selama sebulan. Rumah ini di asas oleh Pn Masliza atau lbh dikenali dengan Ummu Liza...

Program ini merupakan program khidmat masyarakat dan juga merupakan pra syarat bagi kursus yang kami ambil. Kami terdiri daripada 7 orang ahli merupakan pelajar separuh masa Universiti Utara Malaysia kampus cawangan Kuala Lumpur yang bertempat di Etiqa Akademi. Kami merupakan pekerja sepenuh masa bagi Etiqa Insurans dan Takaful di bawah Kumpulan Maybank.

Bermula dari perancangan dan sehingga la berakhirnya program pelbagai kekangan yang kami hadapi. Namun alhamdulillah, dengan niat yang murni setiap kekangan dapat kami atasi...syukur ke hadrat Allah. Kami memperolehi pelbagai maklumat yang negetif mengenai pengasas rumah tersebut, namun kami tidak termakan dengan maklumat tersebut. Niat kami adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan membantu merekadari sudut yang termampu.Sewaktu hari kejadian keadaan cuaca adalah Hujan. Maka tidak ada aktiviti luar rumah yang boleh kami jalankan dan kebetulan perancangan kami hanya memerlukan aktiviti didalam rumah. Keadaan rumah pula agak sempit dengan memuatkan seramai 30 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal tidak termasuk kami. Namun segalanya dapat diuruskan dan berjalan dengan lancar.

Dua hari sebelum program kami menjalankan gerak gempur meminta sumbangan daripada rakan2 sekerja. Alhamdulillah, murah rezeki mereka kerana sumbangan yang kami terima amat memberangsangkan. Hasil kutipan sumbangan kami tukarkan kepada bentuk barangan keperluan asas. Kami tidak mahu menyumbangkan bentuk kewangan kerana kami tidak mahu duit tersebut tidak digunakan pada perkara yang sepatutnya. 

Pada hari tersebut, sarapan pagi dan makan tengahari di taja oleh orang perseorangan, terima kasih. Ada pihak yang menaja bag sekolah disaat2 akhir, alhamdulillah...terima kasih. T-shirt khas utk kumpulan kami juga di taja...syukur...

Secara kebetulan, hari tersebut merupakan awal Muharam, maka ibu2 tunggal berkumpul utk memasak bubur asyura...secara tidak langsung kami turut serta dalam menyediakannya...kiranya ini adalah aktivit tambahan  buat kami..namun kami happy...

Salah seorang dari ahli kumpulan kami telah menaja buah-buahan dan salah satunya adalah buah durian. Gembira melihat anak2 dan ibu2 tunggul menikmati durian. Seorang dari ahli kami bertugas untuk mengopek durian walaupun pada hakikatnya beliau tidak pernah melakukannya dan juga tidak makan durian. Tahniah...kelebihan yang kita tak tau wujud dlm diri kita.

Rezeki mereka murah, byk brgn sumbangan yang dapat kami belikan hasil kutipan sumbangan. Antaranya 100kg beras,15paket bihun, 10kg gula, 8paket susu tepung bayi, 4pack pamper baby, 8pek tepung, ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh 5kg 4pek, dan pelbagai lg. Ada juga sumbangan berbentuk pakaian terpakai yg masih elok.

Anak2 yang lahir pada bulan Nov juga diraikan terdiri daripada 5 org. 2kilo kek juga ditaja...kami juga memberikan hadiah utk mereka. Alhamdulillah, mereka tersangat gembira...sesi peyerahan goodies bag dan juga penyampaian hadiah yang memenangi acara pertandingan amat meriah. Anak2 kelihatan amat gembira apabila menerima pemberian kami yang tak seberapa ini. Syukur padamu Ya ALLAH, mempermudahkan urusan kami...

Isnin, 19 November 2012

Monday Blues....

Salam....

Hari ni nyaris2 nak terbabas xg keje...penat sangat2..maklumlah sabtu ngan ahad tak dapat ret coz ade kelas dari 8 pagi sampai 12tghmlm...Mood nk keje pun takde sebab fizikal n mental rasa tersangat lah penat...tp memandangkan ni minggu terakhir bekerja, kena gagahkan jugak coz minggu depan aku cuti seminggu...

Kerja banyak tak settle lg...niat hati nak selesaikan new cases yg pending since last friday...tapi semuanya terbengkalai...gara2 nak kena prepare statistik lagi..hilang segala semangat n mood bekerja...minda keletihan disuruh buat statistik...mmg tak leh bla la kan...nak pk lelebih pun dah tak larat rasanya...takut satu jenis jer boleh la lagi...ni minta sekali 4 statistik...pergkhh...!! di hari isnin yang serba kebiruan...mmg haru mental dibuatnya...

Esok, hurmmm...nak kena sambung buat statistik lagi...adoiiyaiii...rasa loya tekak mengadap statistik ni...bila kerja mau abis daaa....

Memandangkan monday blues...so arini balik awal la kan...kasi rest minda cecukup preparation utk esok plak...jgn esok dia request lg statistik yg bebukan dah la...mau ambik MC sok...dah la arini 4org dari unit aku sume cuti...tinggal aku ngan big boss dan 2 orang bdk kontrak...lengang tul...

Ahad, 18 November 2012

Shopping Utk Anak Yatim

Salam

Hari ni ada kuliah lagi..tapi kuliah start kul 12tghari...so aku dan beberapa rakan lain akan datang lbh awal sebab kami nak g shopping hadiah utk anak yatim sempena projek Sejambak Kasih Utk Adikku...merupakan program kemasyarakatan...

Program akan berlangsung pada 24hb Nov ni bertempat di Bandar Country Homes, Rawang...kami akan meraikan seramai 30 org anak2 yaim dr Rumah Baitul Fitrah yang dikelolakan oleh Ummu Liza..pelbagai aktiviti yg akan kamu lakukan disana nnti termasuk la pertandingan....

Selain itu, kami juga akan meraikan hari jadi anak2 yang dilahirkan pada bulan November...so arini nk kena g cari hadiah utk acara dan juga harijadi serta hadiah tambahan utk semua anak yatim...semoga segalanya dipermudahkan memandangkan bajet kami adalah kecil namun kami ikhlas...

Kami juga akan mengadakan kutipan sumbangan, dan duit sumbangan akan ditukarkan kepada bentuk barangan keperluan asas. Ini kerana kami tidak mahu terjadinya penyelewengan atau sumbangan tidak sampai ke pada yg berhak...jadi lebih mudah memberikan barangan keperluan asas mereka...

Jumaat, 16 November 2012

Alhamdulillah...

Hari ni tangan tak rasa sakit....dah pasang niat dah smlm..kalau hari ni berlarutan sakitnya nak g jumpa palar ortho balik..tak sanggup nak melayan sakit nye...walaupun tak sakit, tapi kebas tetap ada...hurrmmm...nampaknya dah makin teruk ni...as per doctor kata la..it's getting worse when u getting older...ooppsss..!! tua dah ke....???hehehehehe

So next f/up kena tanya pendapat doktor sama ada perlu ke tidak nak repeat MRI..tapi kalau ikut hati aku nak jer buat MRI balik, sebab nak tau condition terkini..teruk mana dah keadaan tulang tu..atleast boleh la aku preprae for the worse kan...dan tau la tahap mana kerja2 yg boleh dan tak boleh buat kan...dari jd tanda tanya...

Harapan biarla dapat bertahan lebih dr 15tahun..sekurang2nya anak2 dah besar...dan kot boleh nak elakan dar berlakunya neurological deficit...tak sanggup rasanya...keadaan sekarang ni pun dah cukup merisaukan aku....

Semoga Allah memperkenankan doa2 ku dan menjaga aku dan keluarga sebaiknya..ameenn...

School Holiday

Cuti sekolah dah bermula...anak2 la yang seronok sb tak perlu nak bangun pagi2 nak kena mandi g sekolah kan..dan aku pun rasa kurang stress la pagi2 melayan karenah masing2...terutama time mandi..anak cuti sekolah tapi mama dia tetap kena g sekolah sebab semester baru jer bermula...

Memandangkan esok ade kuliah, so arini minta jasa baik ibu ku sayang untuk jagakan anak2...maklumlah kuliah kalau sampai petang je tak pe, ni dr kul 8pagi sampai 12 tghmlm...lgpun dah lama anak2 tak tido umah wan dorg kan...biarlah sekali sekala habiskan masa kat sana dan aku lebih suka sbnrnya...sebab byk perkara dorg boleh belajar...cik su dorg pun baru jer balik, so boleh la dia ajarkan mengaji...lain2 perkara wan ngan atok dia la yg ajar..dua2nya kan cikgu...

Petang tadi, mak datang ambik anak2 kat rumah...aku kat opis lagi masa tu...baru beberapa jam dorg tak de kat rumah dah terasa rindu sangat..terutama kat si adik...selalu kalau aku balik kerja 1st thing sampai rumah mesti peluk n kiss2 dia...xpe la...sekali sekala...asalkan mama tenang nak belajar dan anak2 selamat dibawah jagaan insan yg dipercayai...

So skrg ni tgh bujang la kiranya ni...kena la ambik kesempatan utk bermesra2 berdating2 berpoya2 dgn en hubby wlaupun esok dan ahad ada kuliah...peluang yg ada jgn dipersia2kan...hihihihihihi....

Seminggu lagi aku akan bercuti selama seminggu...block leave..so tgh dok pk2 mana nk bawa anak2 g jln..this year kena jalan2 kat area sini je la kot...memandangkan minggu yg aku cuti tu la roadtax n insuran kereta tamat tempoh...perghkk...!! meleleh nak membayarnya...bajet pun dah lari so anak2 kita berpoya2 Kl or Selangor area jer la yee...janji dapat berjalan2...nak mandi manda tunggu masing2 tak batuk or selsema..karang kalau g mandi manda time batuk selsema mau ada yg semput dan berkampung lagi kat spital...tak mau..tak mau..tak mau...

Nanti hari isnin or selasa mama datang ambik uols kt umah wan yee...Love U