Seberat mana pun...sesusah mana pun...sesakit mana pun...pilihan harus dibuat. Pilihlah yang terbaik, agar ianya tidak memudaratkan untuk jangkamasa yang panjang. Sekali tersilap langkah, huru hara jadinya. Kau sahaja yang tahu apa yang kau mahu.
Jika aku yang kau pilih, akan aku setia bersama kau sehingga hujung nyawa. Asalkan kau berubah dan bertanggungjawab. Pupuk kembali kasih sayang antara kita, mekarkan kembali cinta kita...terangi dengan Nur Kasih dan simbahi dengan rahmatNYA...InsyaALLAH kebahagiaan akan menjadi milik kita.
Dan seandainya kau memilih dia..aku terima dengan redha. Melepaskan kau dengan rela hati dan mendaokan moga kau berbahagia bersamanya. Kau bimbinglah dia sebaik-baiknya. Jangan kau sesakali cuba untuk kembali kepada aku. Aku tetap seperti dulu, namun untuk bersama kau kembali tidak sama sekali. Biarlkanlah aku bebas untuk terbang kemana yang aku suka.
Jangan bersedih dan berduka.......
1 ulasan:
eiiittt..... ni citer lama ke citer baru??? ape cer?? cecite cecite...
Catat Ulasan