Alaaahaiii...danish demam la pulak...start semalam petang...actually dah seminggu dia selsema..dah abis pun sebotol ubat, ada la kurang sikit selsemanya...smlm pas mandi dlm kul 7 ptg terasa dedar sikit badan dia. terus bagi makan ubat demam...pagi ni bangun, dia dah siap mandi dengan si abg...terasa panas badan dia masa nak pakai kan baju...
siap pakaikan baju, dia request susu sambil merengek2 manja...aku buatkan, pastu masa dia nak minum tu dia merengek sakit dalam mulut...check punya check, huih...banyak jugak ulcer dalam mulut dia...termasuk la kat tekak...ciannya la anak mama ni...terus aku bagi dia makan ubat demam dan sapu ubat ulcer...
suh dia minum susu balik...dia tak mau...fobia la tu kot, sakit...dah lama dalam 15 ke 30 minit, aku pujuk lagi...baru dia berani nak minum...mungkin ubat ulcer tu dah bg kesan kebas so dia tak rasa sakit la masa minum tu...nak tak nak kena paksa dia minum kalau dia tak nak makan, tak mau nnti dia kurang air dalam badan lagi bahaya...
Dalam masa yang sama, aku check seluruh badan dia termasuk tapak kaki dan tangan...risau HFMD (Hand Foot Mouth Disease) je...ikutkan kat tapak tangan ngan kaki mmg ade bintik2...hari ni kalau bertambah lagi bintik2 tu dan tempreture tinggi, esok mmg konfem kena bawa ke hospital la...
Dugaan sungguh la...ikutkan isnin ni aku dah mula kerja, setelah 3minggu MC...kalau esok Danish kena warded jawabnya bersambung2 lagi la cuti aku..huhuhuhuhu...
Harap2 Danish ok la...cepat baik ye manja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan