Isnin, 13 Ogos 2012

persiapan hari raya

minggu terakhir untuk mengemas rumah dan persiapan raya nampaknya...so far keperluan raya hampir sempurna..tinggal nak kemas rumah dan ganti langsir jer...bab gantung menggantung ni aku bg kt en hubby la...bkn aku tak leh nak buat...cuma kurang larat, lagipun kn baru lepas operate mana leh wT keje berat2...

aktiviti hari ni dari pagi smpi berbuka tak berhenti. lepas anak2 g sek, aku memulakan misi membasuh kain yg dah berlonggok..maklumlah seminggu exam aku langsung tak ambil kisah pasal rumah...basuh n jemur, packing baju pula..baju utk balik kg beraya la..byk giler..setakat ni dah penuh 3 buah beg..itu pun ada lagi yg tak masukkan..rasanya mmg kene tmbh satu lg beg..maklumlah, cuti semingu mmg xde balik rumah. lepas beraya kat umah ibu mertua terus gerak ke perak, dari perak terus ke terengganu pastu balik umah mak mertua semula teruskan beraya rumah sedara2 kt kl pulak..mmg pack la cuti seminggu tu..so anak ada 3 org campur mak pak dia dah lima..setiap sorang kena sediakan baju untuk seminggunya aktiviti..o mmg berbeg2 la jawabnya...

tengahari, keluar cari seluar utk kakak n sandal anak2 kt ioi mall. settle sumenya..lega..esok tinggal nak cuci keta luar dan dalam ngan cari tudung utk diri sendiri. baju kurung yang di tempah dah siap ambik..


menu berbuka hari ni very simple..aku masak sardin jer ngan telur grg..lama giler aku tak memasak..huhuhuhu...ngan sirap ais..alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberikan..

Tiada ulasan: