Salam,
Lambat nak update,
memandangkan saya sendiri pun kurang sihat…tarikh tersebut amat bermakna buat
saya. Pada tarikh tersebut saya telah diijabkabulkan bersama insan tersayang
pada tahun 2002, hari jumaat…sama juga seperti tahun ini, tarikh tersebut jatuh
pada hari jumaat…
Sebelas tahun sudah usia
perkahwinan kami. Segala pahit manis telah kami lalui namun jodoh kami masih
disini..selepas ijab Kabul, hari persandingan kami adalah pada 5 Oct sebelah
perempuan, maka 6 Oct pula sebelah lelaki dan merupakan harijadi aku…
Pada bulan Disember 2002,
aku telah disahkan mengandung anak sulongku. Muhammad Arief Najmi nama yang
kami berikan…Alhamdulillah dah bersar anak mama ni..baik anak ini. Cukup lembut
hatinya. Kena berhati-hati dalam berurusan dengannya kerana dia mudah tersentuh…mengandungkan
dia amat senang. Aku Cuma suka minum kopi ‘o’ ais…aku melahirkannya secara
pembedahan memandangkan usia kandung sudah melebihi dan baby dah buang air
besar dlm perut….
October 2005, sekali lagi
aku disahkan mengandung..pengalaman mengandung pada kali ini amat berbeza…aku
mudah pening dan pitam. Makan nasi mmg tak lalu..aku Cuma makan lauk dan sayur
jer…dan yang tak boleh aku lupakan ialah makan mesti menggunakan sudu. Pada ketika
ini kegilaan aku adalah milo ais…hari2 pekena kat opis…anak kedua pun
dilahirkan secara pembedahan, kerana bukaan pelvic aku kecil. Anak kedua adalah
perempuan dan dinamakan Nur ‘Afrina Natasha
Terakhir sekali pada
Februari 2009, aku mengandungkan anak yang bongsu. Kali ini semuanya
lancar..makan ok, milo ais wajib…hahahahaha..sampaikan sekarang ni aku dah tak
heran dengan milo ais…Muhammad Danish Ilman nama dia…
Syukur pada mu Ya Allah atas
kurniaan mu dan keredhaan mu dalam rumahtangga kami…kau lindungilah keluargaku
dari sebarang anasir jahat, kau berikanlah kesihatan yang baik, kau bukakanlah
pintu2 rezeki buat kami…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan