Salam
Tidak disangka, diam tak diam
hampir 5 bulan tak update any story kat sini. Hari ni tergerak hati nak bukak
blog ni dan update apa yang mampu.
Blog ni seyap sepi seketika
kerana masalah kesihatan yang tidak dpt dielakkan. Ianya turut juga kesan
daripada ubat-ubatan yang diambil.
Dah lama sangat tak update tak
tau nak mulakan cerita daripada mana. Dalam tempoh 5bulan ni macam-macam telah
berlaku, sama ada yang dijangka mahupun tidak. Hurmmm…memandangkan buntu nak
recall cerita-cerita lama, kita mulakan dengan berita terkini dahulu la..
La ni…ye la la ni…sekarang
ni..this time, this that and this day aku menginap kat hospital. Ni da masuk
hari kelima..sakit apa lagi as usual bak kata omputih…puncanya bila sakitnya da
tak tertanggung dek jiwa raga sampaikan tido pun terganggu.
Actually, da sebulan lebih badan
tak sihat..dalam sebulan itu rutin harian aku lebih kepada tidur. Aku hanya
buat perkara asas dan wajib je..selebihnya aku tido..badan rasa terlalu
lemah,letih dan sakit. Nak kata tak makan ubat, mmg tak pernah miss pun.
Next f/up adalah 26hb Feb, so
masa tu aku cerita kat doctor..bukan satu tapi dua doctor..mcm biasa doctor
ortho dan pain management. Doctor ortho up kan dosage ubat yang namanya lyrica
(up to max), dan ditambah dengan predniselone(steroid) mana kala pain
management pula, dia gantikan ubat amitripilin kpd dothiepin…ubat yang lain2
kekal…
3hari pertama badan rasa lebih
baik dan cergas…sampaikan mampu kemas rumah, lipat semua kain yng mcm gunung
ntah brp bulan tak berlipat. Aku rasa happy sangat…pada hari keempat, iaitu
hari sabtu mak aku dating ambik kami anak beranak bawa tido rumah dia..en hubby
ada kat umah mak dia sebab ada job PA System…alhamdulillah.
Kat rumah mak tak ada apa-apa
aktiviti pun yang aku buat…tiba malamnya masa untuk tido..bila aku tgk bantal
kat umah mak aku dah mula risau. Aku ni bab tido perkara pertama aku perlu
berhati-hati dengan bantal…suspen kan, dah macam bantal tu bleh buat jenayah
plak kat aku kan.
Sebetulnya mcm ni..sejak aku di
diagnos mempunyai masalah “Cervical Spondylosis with Mild Prolapsed Disc” aku
mula memerhati dan mengkaji apa yang boleh dan tak boleh aku buat atau guna
atau pape jer la related. One of it’s bantal untuk tidur. Aku tak boleh tidur
dengan sebarangan bantal…bantal yang
murah jual merata kat hypermarket kat Malaysia ni mmg tak serasi ngan
aku. So dulu aku kerap shopping bantal…ada yg jumpa but sesuai utk guna sekejap
jer…akhir sekali aku gabungkan bantal kekabu dengan bantal yg biasa jual
dipasaran…maknanya bantal aku bertingkat-tingkat la kan…baru la sesuai..lama da
aku guna bantal tu..now dah makin tak serasi mungkin sebab keanjalan bantal dah
berkurangan. Tapi yang pasti bantal yg terdapat kat 3star and above hotel mmg
tersangat sesuai. Begitu juga dengan bantal kat spital kebiasaan aku ni.
Panjang lebar citer pasal bantal
ni..tp apa yg tak baiknya bantal pada aku kalau tak serasi??? Haaaa…mcm ni,
bila bantal tu tak serasi dengan tengkok aku, tidur malam aku tak lena,
terganggu kerana dok ubag posisi bantaql supaya lebih selesa tak tidak
menyakitkan…last sekali bila bangun pagi, konfem kepala, tengkok dan bahu
sakit…sakit yg aku tak boleh berikan gambaran secara skala iaitu dari skala 1 –
10..makin tinggi skala makin sakit tau..selalunya skala aku antara 7 ke 8.
So masa kat rumah mak, bantal yg
aku guna tu mmg sekali pandang aku dah tau mmg cari nahas klau
guna..memandangkan xde bantal lain coz mak aku baru jer pindah situ xsemua brg
dia bw sebab rumah tu kecil. Malamnya mmg tak tido aku dibuatnya..anak2 pun aku
tgk gelisah guna bantal2 tu sb licin kat tilam asyik menggelongsor jer…
Pagi ahad, aku bgn dengan keadaan
sakit tahap gaban keluar api…siap dengan sakit kepala lagi. Tapi aku diam
jer…tak la merungut sangat, Cuma ada la aku bgtau kat mak yang kepala aku sakit
sebab bantal tu..ptgnya mak anta kami anak beranak balik. Maklumlah esokkan nak
sekolah…lega rasanya dapat balik rumah sendiri. Terutama bila tgk tilam dan
bantal aku…
Malam menjelma, seperti biasa
aktiviti kami tgk tv dan anak-anak sibuk kemas beg masing2 utk ke sek esok.
Nasib baiklah, sblm pegi rumah mak baju sek anak semua dah siap gosok utk
seminggu. Mcm biasa, masa utk tidur…dua jam pertama lena..lepas tu dah tak boleh
nak lena coz sakit sangat. Beberapa kali aku bgn tp tak tau nk buat apa dengan
sakit tu..nak sapu krim panas sb dok tang belakang badan. En hubby lak blm
balik lagi main badminton…merana jugakla..bila dgr je dia balik terus minta dia
sapukan krim tu…makan masa jugak la dalam 15minit baru rasa kesan krim tu…tapi
sekejap ja…puas la aku terjaga sepanjang malam…bila dapat tidur dlm jam 5:30am
tu langsung terlajak..sian anak bujang tak pegi sek. Nasib baik la anak dara
sek sesi ptg.
Malam selasa, perkara yang sama
berulang..ubat yang aku makan seolah-olah tak memberi kesan pada aku. Nak tak
nak aku kena tahan la…sebab esoknya ada f/up kat spital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan