Sabtu, 25 Februari 2012

Nukilan Rasa

Parut luka lama jika tidak dijaga mudah untuk berdarah kembali...jika ini berlaku maka agak sukar untuk memulihkannya kembali...oleh itu ia perlu dijaga dengan sebaik mungkin jika tidak mahu sesuatu yang tidak dingini berlaku...namun manusia mudah lupa dan juga sukar untuk bersyukur atas apa yang telah dikurniakan. Sewaktu sesuatu itu masih didalam genggangam, mereka tidak menghargainya...apabila ia mula berjauhan pada masa itulah mereka tersedar yang mereka amat memerlukannya..apabila ianya mula kembali didalam genggaman, diawalnya mereka menghargainya, tetapi lama kelamaan mereka alpa...namun ada diantara mereka juga merasakan jika masih didalam genggaman, walau ianya makin berjauhan mereka tidak kisah kerana ianya masih hak mutlak mereka...dimanakah keadilan?? 

Kematangan dalam menangani sesuatu adalah penting. Setiap tindakan yang diambil perlulah memikirkan pro dan kontra atas tindakan tersebut. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, kerana hidup ini saling bergantungan. Walau sehebat mana pun kuasa kita, darjat kita, taraf kekayaan kita dan sebagainya, dalam kehidupan hubungan sesama manusia itu adalah penting. Kita saling memerlukan samada sesama jantina atau sebaliknya. Setiap insan dikurniakan kekuatan dan kelemahan yang berbeza, maka kelemahan yang ada pada diri itulah yang memerlukan kita perbaiki dengan bimbingan sesama manusia yang mempunyai kekuatan terhadap kelemahan kita.

Hidup ini tidak sentiasa indah dan tidak sentiasa diatas. Adakalanya kita akan jatuh terduduk, tanpa sokongan  dari insan sekeliling sesungguhnya agak sukar untuk kita bangkit semula untuk menapak dan membina kehidupan yang baru. Kegagalan itulah pengalaman dan pengajaran kepada kita dan sebagai panduan untuk kita mencorak satu perjalanan hidup yang baru dan lebih baik dari sebelum ini. Dalam mencorak kehidupan didalam kehidupan berkeluarga, kerjasama adalah penting. Corak itu akan menjadi lebih cantik jika kerjasama serta permuafakatan itu wujud. Jika hanya sebelah pihak sahaja, ianya tidak akan seindah seperti yang diangankan. Kepincangan akan sentiasa wujud malah jika ianya dikawal dengan emosi maka liku-liku kehidupan itu akan menjadi lebih tajam dan lurah yang perlu didaki dan dituruni akan lebih sukar...

Kesimpulannya, hidup ini hanya sementara dan pinjaman semata-mata. Hiduplah dengan keamanan, kedamaian dan permuafakatan. Kecapi sisa-sisa yang ada dengan penuh nikmat. Hargai apa yang telah di anugerahkan kepada kita.Penuhinya dengan pengisian yang berguna sebagai bekalan. Ciptalah kegembiraan untuk diri sendiri dan gembirakanlah insan-insan sekeliling. InsyaALLAH, hidup ini akan lebih diberkati dan dirahmati olehNYA...ameen..

Tiada ulasan: