Isnin, 1 Oktober 2012

Ibu

Bukan mudah menjadi seorang ibu pada zaman skrg ni...ilmu perlu byk terumtama ilmu utk mendidik anak2...selain daripada ilmu nak mengikat suami supaya sentiasa sayangkan kita...sembilan tahun mendapat gelaran seorang ibu, menjadikan aku lebih matang..namun masih byk lg kekurangan dalam mendidik anak2....

Tugas seorang ibu bukan sahaja untuk menjaga rumahtangga dan anak2 je...malah seorng ibu itu sudah menjalakan sebahagian tugas para nurse dan doktor...contohnya aku sendiri...memiliki anak2 yang amat sensitif dari sudut kesihatan membuatkan aku perlu berlajar dan peka akan tugas2 seorang nurse dan doktor...bila anak2 demam, ibu lah yang selalunya yang akan menjaga anak2...sentiasa memeriksa tahap suhu badan anak..anak yang batuk dan selsema, dipantau agar tidak melarat dan diberikan ubat mengikut masa yang ditetapkan...

Anak lelaki bila bersunat, ibu juga la yang menjaga dan memastikan bahagian luka sentiasa bersih...anak2 yang cedera akibat bermain dan sebagainya...ibu juga la yang membersihkan luka setiap hari dan memastikan luka sembuh dengan cepat...bear sungguh pengorbanan ibu,...

Aku sebagai ibu dan seorang manusia pasti mempunyai kelemahan tersnediri..dahulu sblm berkahwin aku tidak boleh melihat org lain cedera sebab aku sendiri seolah2 dapat merasakan kesakitan org tersubat pada tubuh badan aku...apatah lagi untuk mencuci luka dan sebagainya...tapi, bila bergelar seorang ibu...mahu atau tidak secara tidak sedar aku menjadi berani...aku sendiri yang mencucikan luka pada anak2..aku yang membersihkan luka yang bernanah dan mengubatinya...

Sesungguhnya, gelaran ibu itu cukup besar...dan seorang ibu sanggup buat apa sahaja yang baik untuk anak2nya...hargailah ibu kita selagi mereka masih ada...

Tiada ulasan: