Ahad, 30 September 2012

Kelas Memandu

Zaman sekarang mcm dah jadi trend kpd ibu bapa untuk hantar anak-anak mereka ke kelas memandu selepas tamat menduduki peperiksaan SPM....so dapat kita lihat di sekolah memandu majoritinya adalah para remaja yang mengikuti ujian memandu...ada baik dan buruknya memiliki lesen memandu tak kira sama ada lesen kereta mahupun motor...ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal pergerakan anak2 yang sudah berlesan, bagi memastikan apa yang mereka lakukan diluar sana tidak akan memudaratkan org lain....apa-apa pun aku bangga akan keberanian anak remaja sekarang dalam menyahut cabaran dan mengambil risiko memberanikan diri untuk belajar memandu di usia muda...

Entry ni bukan nak cerita pasal kebaikan atau keburukan mempunyai lesen diusia muda...tapi pasal aku yang baru jer nak ambil lesen pada usia yang dah dot dot dot...dulu lepas SPM bukan tak nak ambik..tapi parents aku kurang berkemampuan...dan aku pun tak ada la excited sgt nak belajar memandu masa tu...tapi kali aku kena juga ambik utk kesenangan aku dan anak2..

Hari ni 1st day menghadiri kursus KPP iaitu ceramah selama 5jam...830pagi aku dah tercongok kat Akademi Memandu Nilai...akhirnya jam 230ptg settle...so next step nak kena pergi ujian berkomputer la pulak...hmmm...yang ni blm aku tetapkan lagi tarikhnya...nak kena plan betul2 byk benda nak kena fikir...insyaAllah akan buat secepat mungkin...harap semuanya selesai sblm hujung tahun ni...ameennn...

Tiada ulasan: