Sabtu, 26 Oktober 2013

Apakah Kesudahannya

Salam,
Tahap kesihatan diri ini umpama graf pasaran saham yang sekajap turun dan sekejap naik dan adakalanya turun terus menerus hinggakan ke tahap negetif. Bbrp hari ni sememangnya keadaan badan kurang sihat. Bermacam-macam usaha telah doktor buat bukan seorang malah pernah melibatkan 3org doktor. Dengan ketamin infusion nya, steroid injection 13 tempat, semuanya hanya sementara jer berikan kesan terhadap tubuh badan ni. 

Mungkin sebab sakit ni dah terlalu lama ditanggung, so mengubatinya juga mungkin makan masa yang lama dan perlu kesabaran yang lebih. Ubat2an jangan cakap la mmg fullhouse dah...doktor pun tak berani dah nak increase kan ubat2 aku...bimbang akan menjejasklan kesihatan..nnti sakit yang ditanggung entah kemana, dapat pulak penyakit baru...kan lagi parah namanya tu..

Apa yang aku perlukan adalah kesabaran, Namun adakalanya terlintas difikiran ini bilakah semua ini akan berakhir...tak sanggup rasanya nak menanggung lagi...feeling down tu kadang2 hadir bila badan terlampau sakit dan menanggung berseorangan pada masa itu...selalunya bila kita sakit kita amat memerlukan insan tersayang berada disis kita sebagai pemberi semangat...

Allahuakbar...kau pertingkatkanlah kesabaran dan kekuatan diri ni. Hambamu yang kerdil ini sedar y Engkau amat menyayangi diri ini...terima kasih Ya Allah...aku tetap bersyukur kerana nikmat yang lain masih dapat aku nikmati...aminn..

Tiada ulasan: