Ahad, 6 Oktober 2013

Happy Birthday To Me

Salam..

Pada tarikh ini tahun 1980, aku telah dilahirkan setelah dikandungkan oleh seorang ibu yang superb bersusah payah usung perut kesana kemari...terima kasih mak atas pengorbanan mak selama 33tahun ini...along sayang mak forever...kau adalah yg terbaik...along tau mak tersangat sayangkan anak2 mak yang dua org ni..cuma adakalanya mak tidak pandai utk mempamirkan perasaan itu...namun kami faham..

Terima kasih membesarkan anak mak yang degil ni...terima kasih sebab sanggup bersusah payah utk anak mak ini walaupun anak mak ni dah besar panjang dan dah ada anak pun...bukan sorang but 3 orang..manja kan anak mak ni...

Ya Allah ya Tuhanku terima kasih kerana masih memberikan kau nafas utk bernafas sehingga kehari ini..untuk aku menikmati segala nikmat yang telah kau hidangkan di dunia ini...kau juga memberi aku peluang utk sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik dan terbaik utk menghadapMU suatu masa nanti...alhamdulillah...semoga kau memberkatinya...

Sakit ini adalah kifarah buat diri ini...tidak pernah aku rasa menyesal atau mempersalahkan sesiapa..malah aku bersyukur...kerana dari situ aku belajar dimana salah aku...aku sedar dimana kurangnya aku...aku redha...dan Allah Maha Esa menguji kita kerana kita antara insan2 terpilih yang disayanginya.. DIA tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya...Allah itu MAHA ADIL...terima kasih Ya Allah...

Tiada ulasan: