Rabu, 20 Mac 2013

Sepi Dan Kembali

Bismillahirahmanirrahim.....
Assalamualaikum...

Terlalu lama tak update apa2 kat sini...pelbagai masalah yang dilalui sepanjang bbrp bulan ini membuatkan ruangan ini terabai...sesunguhnya dugaan yang diberikan menguji kesabaran dan kekuatan diri ini...Allah itu maha pengasih dan penyayang...DIA tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya untuk melaluinya...aku bersyukur kerana aku diantara insan2 yang dipilih untuk diuji...walaupun adakalanya tersungkur juga dlm melalui setiap detik itu..

DIA maha adil dan mngetahui, kenapa dan mengapa hambanya diuji...sesungguhnya sebagai hambanya wajib terima semua itu dengan penuh nikmat dan redha...selain daripada berusaha mempeebaiki kelemaham diri...

Hidup ini seperti putaran roda..sentiasa berpusing...adakalanya roda itu terhenti diatas..sungguh bernasib baik seseorang itu..dan seharusnya memanfaatkan kebaikan itu sebaik2nya dan sebijak2nya..namun apabila roda itu terhenti dibawah, janganlah kita mengeluh..kita harus berusaha untuk bangkit semula dan cari dimana kurang dan silapnya diri kita mahupun kehidupan yang kita jalani...

Kemanisan dan nikmat sesebuah kehidupan itu hanya lebih bermakna apabila ianya disulami pahit manis, perit sedih, suka duka, panas hujan...dari situlah kita akan belajar erti hidup dan lebih menghargainya...


Tiada ulasan: