Isnin, 1 April 2013

Aku Hamba Yang Lemah

Salam...

Menggigil satu badan bila terima sms dr seseorang..orang yg tlh lama membenci diri ini..tak tahu dimana silapnya...kenapa aku yang dipersalahkan..kenapa mereka hanya mendengar dan mengiyakan sebelah pihak sahaja...

Selama ini aku hanya berdiam..tidak aku ceritakan segala perit dan pahit yang aku lalui dan telan..aku simpan  demi menjaga maruah seseorang..dan pada aku ianya terlalu peribadi utk diceritakan..namun dengan bertindak sedemikian, ramai pihak yang tidak memahami..malah menyalah ertikan..

Hari ini dan kali ini, hati ini terluka dan terguris lagi...org lain yang buat hal..aku jugak yang kena tanggung dan hadap semua ini...sedangkan org yg spttnya bertanggungjawab terhadap hal tersebut langsung tidak mempamerkan rasa bersalah...bukan sekali tetapi berkali2..

Ya Allah, hari ini menitis lagi air mata ini..tertekan rasanya...hambamu ini terasa amat lemah sekali..longlai kaki ni nak melangkah sewajtu ingin pulang dari pejabat tadi...kecewanya hati ini tidak terperi...tidak tahu bagaimana inigin diluahkan...

Ya Allah, aku telah berusaha sedaya upaya uyk berpura-pura dihadapannya..seolah-olah tidak ada apa yang terjadi..aku mohon pada mu agar diberikan kekuatan utk meneruskan lakonan ini...hambamu ini dah penat utk bertegang urat...

Mereka hanya nampak aku saja yang bersalah didalam semua hal yang terjadi...aku sahaja yang lemah..sedangkan puncanya adalah dari orang lain...orang yang paling rapat dengan mereka...aku redha dengan dugaan mu ini Ya Allah...aku mohon kau berikanlah kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan ini demi anak2...

Tiada ulasan: