Isnin, 30 September 2013

27 September 2013


Salam,

Lambat nak update, memandangkan saya sendiri pun kurang sihat…tarikh tersebut amat bermakna buat saya. Pada tarikh tersebut saya telah diijabkabulkan bersama insan tersayang pada tahun 2002, hari jumaat…sama juga seperti tahun ini, tarikh tersebut jatuh pada hari jumaat…

Sebelas tahun sudah usia perkahwinan kami. Segala pahit manis telah kami lalui namun jodoh kami masih disini..selepas ijab Kabul, hari persandingan kami adalah pada 5 Oct sebelah perempuan, maka 6 Oct pula sebelah lelaki dan merupakan harijadi aku…

Pada bulan Disember 2002, aku telah disahkan mengandung anak sulongku. Muhammad Arief Najmi nama yang kami berikan…Alhamdulillah dah bersar anak mama ni..baik anak ini. Cukup lembut hatinya. Kena berhati-hati dalam berurusan dengannya kerana dia mudah tersentuh…mengandungkan dia amat senang. Aku Cuma suka minum kopi ‘o’ ais…aku melahirkannya secara pembedahan memandangkan usia kandung sudah melebihi dan baby dah buang air besar dlm perut….

October 2005, sekali lagi aku disahkan mengandung..pengalaman mengandung pada kali ini amat berbeza…aku mudah pening dan pitam. Makan nasi mmg tak lalu..aku Cuma makan lauk dan sayur jer…dan yang tak boleh aku lupakan ialah makan mesti menggunakan sudu. Pada ketika ini kegilaan aku adalah milo ais…hari2 pekena kat opis…anak kedua pun dilahirkan secara pembedahan, kerana bukaan pelvic aku kecil. Anak kedua adalah perempuan dan dinamakan Nur ‘Afrina Natasha

Terakhir sekali pada Februari 2009, aku mengandungkan anak yang bongsu. Kali ini semuanya lancar..makan ok, milo ais wajib…hahahahaha..sampaikan sekarang ni aku dah tak heran dengan milo ais…Muhammad Danish Ilman nama dia…


Syukur pada mu Ya Allah atas kurniaan mu dan keredhaan mu dalam rumahtangga kami…kau lindungilah keluargaku dari sebarang anasir jahat, kau berikanlah kesihatan yang baik, kau bukakanlah pintu2 rezeki buat kami…

Tiada ulasan: