Sabtu, 14 September 2013

22hb Jun 2013 part 2

sambung balik cerita....dari 22hb Jun di masukkan ke wad ianya berlanjutan sehinga 22 hari...lama kan...aku pun tak sangka yang aku akan stay lama macam tu kat spital...selama 22 hari tu perlbagai perkara yang aku lalui...treatment yg diberikan seperti biasa la..ubat-ubatan dan physiotherapy...seminggu buat physio tak ada perubahan..so doktor cadangkan buat prosedur Epidurolysis...prosedur dijalankan pada 28hb Jun. 

Alhamdulillah selepas prosedur tu rasa sakit berkurangan dan doktor perlu monitor lbh kurang 3 hari..kalau ok boleh discharge...dalam tempoh 22 hari tu badan aku on n off demam dan ubat-ubatan yang diberi adalah pada dos yg maksimum...utk menunggu 3 hari tu, badan mula meragam...sakit seluruh badan terutama joint kat shoulder ni...sakit sangat...doktor buat pemeriksaan fizikal dan ujian darah sekali lagi bertujuan utk memastikan adakah aku mempunyai masalah arthritis atau tak...keputusannya adalah negetif..daripada situ doktor diagnos aku mempunyai masalah Fibromyalgia dimana muscle dan nerve aku semuanya dah menjadi terlampau sensitif...

Berdasarkan diagnosis baru tu, doktor refer aku kepada pakar bius utk buat satu lagi prosedur...tapi bukan semua pakar bius boleh buat prosedur tu...kat spital ni ada sorang jer pakar bius yang boleh buat iaitu Dr Azhar...prosedur tersebut ialah Ketamin Infusion...bila dengar ketamin jer aku terfikir dadah atau pil yang selalu digunakan oleh meraka yang ketagih dadah...atau yang gemar ke disko...so doktor pun bagi penjelasan..mmg benar dadah ketamin, tapi ianya diberikan dengan dos yang terkawal...dan ianya hanya boleh dilakukan di ICU sahaja sebab perlukan pemantauan rapi...

Bermulalah episod aku di ICU selama 3hari...aku dipantau rapi disitu..byk wayar berselirat kat badan aku...masa ml pertama dimasukkan, aku tak ada merasakan apa2 kesan..setengahjam berlalu aku still tak boleh tidur...doktor datang semula dan kali kedua ketamin dimasukkan barulah aku rasa mamai dan terus tertido..esok nya doktor masuk aku mmg mamai dan sekali lagi ditambah ketamin tu bertambah la mamai aku dibuatnya...mmg tak boleh bukak mata...masa doktor ortho dtg review pn aku mamai giler..nampak tak nampak jer muka dia..dia tanya soalan ada tak rasa halusinasi...aku jawab ada..dia kata itu biasa dan dia terus nak gerak...aku panggil n tanya..tapi tak terkeluar soalan sb terlampau mamai...hanya bahasa isyarat tangan jer yang aku bg...nasib baik la dia faham..."sekejap jer" jawab dia...sbnrnya aku nak tanya brp lama aku akan alami halusinasi...hehehehe...

Mlm pertama kat icu aku sempat bersms dgn best fren aku...dia pn same masuk spital tp berlainan spital...terima kasih aku ucapkan pada dia sb byk membantu aku dlm memulihkan kembali hbgn aku dgn ibu mertua aku...dia yang call kan ibu mertua aku menyatakan hasrat aku nak jumpa dengan nya...alhamdulillah pada hari kedua ibu mertua aku datang melawat...lawatan itu dipenuhi dengan luahan dan tangisan...tapi alhamdulillah serba sedikit ianya berjaya memperbaiki perhubungan aku dengan dia...

Hari ketiga, kawan2 ofis dan bos aku datang melawat...terharu rasanya...terima kasih atas keperihatinan semua..aku masih menunggu seseorang utk datang melawat...tapi masih tak muncul...bbrp sms dah aku hantar meluahkan apa yang terbuku dihati...ada balasan tapi sedikit hambar...aku redha tapi masih mengharap...sebelah petang aku telah di transfer semula ke wad....alhamdulillah..selesai sudah...

Dekat wad, aku still on n off sakit dan demam...pada satu hari jam lbh kurang 12 mlm...aku terima panggilan dari baby sitter...masa ni hubby baru jer balik dari melawat aku...aku dimaklumkan anak aku di serang asthma..berderau darah...aku tau, anak aku klau sekali kena serang asthma teruk dan if tak teruk takkan baby sitter call kan...aku pun terus call hubby suh dtg ambik aku kat spital dan terus balik rumah utk ambik anak aku...jarak antara rumah dan hospital yang aku masuk ni agak jauh, perjalan mengambil masa lbh kurang 40 minit...dlm masa yg sama aku minta babby sitter bawa anak aku ke klinik yg berdekatan utk dptkan rawatan sementara nak tunggu aku sampai..aku terus bawa anak ke hospital dan dimasukkan ke wad...so aku teruskan sesi berkampung sehingga anak discharge...

Penat sebenarnya...org sakit kena jaga org sakit jugak...terutama kanak2...mcm2 karenah nak kena dilayan..tapi dah nama pun tanggungjawabkan, seberat mana pun harus dipikul...Selain itu terima kasih pada adik zara dan sham yang datang melawat...itulah serba sedikit ceritanya...

Tiada ulasan: