Isnin, 5 November 2012

Kehidupan

Salam, lama sungguh tak update blog ni...kesibukan dan kepenatan sebenarnya...banyak perkara yang berlaku bbrp hari ni...

Hari ni rasa sedikit sedih dan kecewa apabila membaca satu status yang di update oleh seseorang dalam FB. Pada aku dia tak wajar tulis mcm tu...terlalu naif dan mementingkan diri sendiri...hidup ni umpama roda. Ada masa kita diatas dan akan sampai masanya kita juga akan merasa dibawah...janganlah terlalu ego dan mementingkan diri sendiri sewaktu kita tgh senang...perlu juga kita memikirkan nasib mereka yang dibawah...bukan meraka pinta utk jadi begitu...tidak ada manusia didalam dunia ini yg suka dan saja2 meminta bantuan atau menyusahkan orang lain...setiap yang berlaku itu pasti bersebab...aku sendiri sebolehnya tidak mahu menyusahkan orang lain...tapi adakalanya kita terpaksa...

Insan ini iaitu yang update status tersebut sedang hidup senang kerana tidak terbeban dengan tanggungjawab lagi...hanya diri sendiri yang perlu difikirkan...belum cukup matang untuk menilai dan memikirkan kenapa itu semua harus terjadi...ini adalah pendapat aku...walaupun aku cuba untuk memahami hati dia...tapi hati aku tetap terluka dengan statement yang diberikan...sedih dan kecewa...kalau ikutkan hati yang kecewa dan marah ini mahu saja aku maki hamun dia...namun aku masih berfikiran waras...mungkin suatu hari nnti jika prekara sebegini berlaku lagi, aku akan bertinda.

Aku adalah yang tidak mudah untuk marah dan membenci seseorang..sekali aku benci adalah sukar untuk aku memaafkan dan menerimanya kembali...

Hidup ini bukan utk kesempurnaan, tapi adalah mencari kebahagiaan utk diri sendiri dan org sekeliling...tidak lupa juga untuk belajar dari pengalaman...jika kita tanamkan sifat semuanya harus sempurna sampai bila2 kita akan menghadapi masalah dengan org sekeliling...tiada manusia yang sempurna yang ALLAH yang Maha Esa maha sempurna...

Tiada ulasan: