Ahad, 25 November 2012

Program Sejambak Kasih Buat Adikku

Alhamdulillah, pada 24hb Nov 2012 bertempat di Rumah Amal Baitul Fitrah Bandar Country Homes, Rawang berlangsungnya program amal yg tlh dirancang selama sebulan. Rumah ini di asas oleh Pn Masliza atau lbh dikenali dengan Ummu Liza...

Program ini merupakan program khidmat masyarakat dan juga merupakan pra syarat bagi kursus yang kami ambil. Kami terdiri daripada 7 orang ahli merupakan pelajar separuh masa Universiti Utara Malaysia kampus cawangan Kuala Lumpur yang bertempat di Etiqa Akademi. Kami merupakan pekerja sepenuh masa bagi Etiqa Insurans dan Takaful di bawah Kumpulan Maybank.

Bermula dari perancangan dan sehingga la berakhirnya program pelbagai kekangan yang kami hadapi. Namun alhamdulillah, dengan niat yang murni setiap kekangan dapat kami atasi...syukur ke hadrat Allah. Kami memperolehi pelbagai maklumat yang negetif mengenai pengasas rumah tersebut, namun kami tidak termakan dengan maklumat tersebut. Niat kami adalah untuk meraikan anak-anak yatim dan membantu merekadari sudut yang termampu.Sewaktu hari kejadian keadaan cuaca adalah Hujan. Maka tidak ada aktiviti luar rumah yang boleh kami jalankan dan kebetulan perancangan kami hanya memerlukan aktiviti didalam rumah. Keadaan rumah pula agak sempit dengan memuatkan seramai 30 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal tidak termasuk kami. Namun segalanya dapat diuruskan dan berjalan dengan lancar.

Dua hari sebelum program kami menjalankan gerak gempur meminta sumbangan daripada rakan2 sekerja. Alhamdulillah, murah rezeki mereka kerana sumbangan yang kami terima amat memberangsangkan. Hasil kutipan sumbangan kami tukarkan kepada bentuk barangan keperluan asas. Kami tidak mahu menyumbangkan bentuk kewangan kerana kami tidak mahu duit tersebut tidak digunakan pada perkara yang sepatutnya. 

Pada hari tersebut, sarapan pagi dan makan tengahari di taja oleh orang perseorangan, terima kasih. Ada pihak yang menaja bag sekolah disaat2 akhir, alhamdulillah...terima kasih. T-shirt khas utk kumpulan kami juga di taja...syukur...

Secara kebetulan, hari tersebut merupakan awal Muharam, maka ibu2 tunggal berkumpul utk memasak bubur asyura...secara tidak langsung kami turut serta dalam menyediakannya...kiranya ini adalah aktivit tambahan  buat kami..namun kami happy...

Salah seorang dari ahli kumpulan kami telah menaja buah-buahan dan salah satunya adalah buah durian. Gembira melihat anak2 dan ibu2 tunggul menikmati durian. Seorang dari ahli kami bertugas untuk mengopek durian walaupun pada hakikatnya beliau tidak pernah melakukannya dan juga tidak makan durian. Tahniah...kelebihan yang kita tak tau wujud dlm diri kita.

Rezeki mereka murah, byk brgn sumbangan yang dapat kami belikan hasil kutipan sumbangan. Antaranya 100kg beras,15paket bihun, 10kg gula, 8paket susu tepung bayi, 4pack pamper baby, 8pek tepung, ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh 5kg 4pek, dan pelbagai lg. Ada juga sumbangan berbentuk pakaian terpakai yg masih elok.

Anak2 yang lahir pada bulan Nov juga diraikan terdiri daripada 5 org. 2kilo kek juga ditaja...kami juga memberikan hadiah utk mereka. Alhamdulillah, mereka tersangat gembira...sesi peyerahan goodies bag dan juga penyampaian hadiah yang memenangi acara pertandingan amat meriah. Anak2 kelihatan amat gembira apabila menerima pemberian kami yang tak seberapa ini. Syukur padamu Ya ALLAH, mempermudahkan urusan kami...