Khamis, 29 November 2012

Kehilangan

Salam,

Jam 6:55am hari ini, aku terima satu panggilan yang membawa berita pemergian pakcik kepada suami yang kami panggil Ayah Cik...beliau merupakan adik kepada arwah bapa mertua aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima OlehnYA disana.

Sebelum aku kawin lagi Ayah Cik sudah sakit iaitu kira2 11tahun yang lepas. Pada masa itu beliau dikatakan menghidap kanser kulit dibahagian lehernya. Namun selepas rawatan demi rawatan, alhamdulillah Ayah Cik pulih dan bebas dari kanser...

Beberapa tahun kebelakangan ini, kesihatan beliau mulai merosot. Bila ditanya, Ayah Cik kata dia tak ada masalah kesihatan, cuma yang pelik kenapa dia semakin kurus..sehinggalah pada bulan puasa tahun ini, beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Dimana beliau tidak boleh menelan dan makan..beliau dirawat di ICU Hospital Takawal. Pada masa itu aku tidak dpt pergi melawat sebab aku sendiri pun pada masa dalam hospital....

Kami melawat Ayah Cik pada hari raya. Sewaktu sampai kat rumah Ayah Cik sedih melihat keadaan beliau...walaupun nampak sihat namun masalah tidak boleh menelan masih seperti itu juga. Beliau hanya boleh minum susu setiap #jam yang disalurkan melalui saluran yang di pasang melalui hidungnya.

Hari ini akhirnya beliau menghadap illahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Tiada ulasan: