Khamis, 12 Julai 2012

Follow Up With Gastroentrologist - Dr Jasmi Ali Yaakub

Hari ni ada check up ngan Dr Jasmi, f/up lepas keluar wad baru ni...Aku pegi dengan anak bujang sulong sb dah janji dengan dia lepas settle kat hospital nak pegi cari hadiah untuk dia sempena cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun baru ni.

Sampai kat hospital dalam kul 9 lebih, jalan jem giler...dah dapat GL g sarapan dulu..pastu baru ke klinik...patient pun tak ramai lagi masa tu..aku turn no 3..ok la tu...

Sesi bersama Dr. Jasmi agak santai...

Doktor : Juliana, mcm mana...sakit lagi?
Aku : Much better la..cuma saya hilang selera makan...dan pagi ni saya muntah..
Doktor : Muntah???  (dengan muka suspen)..kalau kita tgk dr gambar aritu perut awak mmg teruk, merah2 saya pun terkejut..saya ada tunjukkan gambar aritu..
Aku : Ada...apa penyebab utama Gastritis ni doktor..
Doktor : Bakteria yang saya bgtau tu la, Helicobacter...yang buat perut awak kene infectiom
Aku : Selain dari tu??? Doktor ada buat biopsy tak baru ni??
Doktor : Pemakanan...saya tak ada buat biopsy, sb bila saya tgk keadaan perut awak yang merah dan infection teruk, mmg konfem 95% di sebabkan oleh bakteria tu..dan kita terus rawat awak dengan HP7 terus.
Aku : Boleh berjangkit tak..
Doktor : Tak, boleh dikatakan semua org ade masalah ni cuma tahap serius atau tak je..sb penyebab utama adalah pemakanan...
Aku : ok..doktor kata pemakanan tu...adakah dari sudut kebersihan atau mcm mana
Doktor : Bukan kebersihan tapi apa yang kita makan...
Aku : Maknanya, ada yang boleh dan tak boleh makan la yaa..mcm tu
Doktor : Betul tu...saya bg yang asas seperti, makan pedas, masam yang boleh menyumbang kepada pembentukan acid yang banyak dan menghakis perut..minuman bekarbonat, kafein...alcohol, merokok dan paling utama sekali STRESS...tak kira la stress kerja ke, keluarga or kehidupan
Aku : errkk...stress..ishk..tu satu masalah nak kawal...saya kalau stress keluarga rasanya boleh handle lagi..tapi kot stress kerja ni susah sikit..kita ada dateline dan melibatkan org2 lain..
Doktor : Yang tu saya tak dapat nak bantu la..hanya awak yang boleh kawal stress tu...tapi, boleh saya tau awak kerja apa ye..?? maafla bertanya..
Aku : it's ok...saya kerja insurance...
Doktor : Insurance mana?
Aku : Etiqa Takaful Berhad, claims department
Doktor : Teruk sangat ke kerja awak..
Aku : work load banyak dan ada dateline..contoh hari ni 1000 new doc masuk saya kene settle kan dalam masa 2hari dan kita tak cukup tenaga kerja dan tenaga kerja yang ada ni lah yang kena kerah...  last year paling teruk...saya bukan stress dah malah depress sampai perlu ambik ubat tido...
Doktor : nampaknya awak kene handle stress awak...if not keadaan awak akan bertambah teruk...
Aku : insyaALLAH, saya cuba...tapi lepas ambik antibiotik ni konfem baik ke ..?
Doktor : antibiotik tu untuk 7hari,,pastu awak kene ambil controloc utk jangka masa yang lama lepas tu kita reduce slowly...nnti saya nak kena re test balik (endoscopy)
Aku : bila tu?
Doktor : Selalunya 6minggu selepas 1st diagnosis, kalau ikutkan dalam bulan puasa la...kalau nak buat nnti batal puasa, melainkan time awak uzur la baru kita buat...terpulang kat awak...
Aku : ok, saya akan call dulu nnti utk set date...

Agak lama juga aku sembang ngan doktor dari satu masalah ke satu masalah...tks kerana sudi melayan karenah saya doktor dan rawatan yang diberikan..




Tiada ulasan: