Isnin, 30 Julai 2012

Minggu Akhir Bekerja

Ngeri pulak ngan tajuk entry ni...mcm dah konfem kena buang kerja je..tak pun aku yang tender..huhuhu... hakikat sebenarnya tidak buat masa ini la..masa akan dtg tu aku tak pasti la kan...sebab aku dah terhidu gosip2 liar yang negetif pasal aku kat opis...maklumlah, banyak ambik cuti akibat masuk hospital lately ni....bukan aku yang minta nak sakit..dah Allah nak bagi...redha jer la...ko tak kena mmg la senang tekak nak bercakap...

Minggu ni terakhir bekerja sebab, minggu depan kalau tak ada apa2 hal aku kena masuk hospital balik..minggu depan jugak aku sepatutnya cuti (study leave n exam leave) final exam semester 4... aku ambik risiko buat surgery time nak exam ni, sumenye bersebab...biarlah rahsia...

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan aku sihat untuk terus menduduki peperiksaan..semoga segalanya dipermudahkan..Ameenn...!!

So, minggu ni aku agak sibuk..walaupun dalam keadaan kurang bermaya aku perlu juga settle kan kerja yang menimbun sebelum bercuti..aku harap sangat by friday sume dah settle...kalau yang tinggal pun current case jer la hendaknya...aku tak nak menyusahkan team members yg lain.. 

Tiada ulasan: