Selasa, 17 Julai 2012

Konfem HFMD (Hand Foot Mouth Disease)

Hari isnin, badan Danish bertambah panas...bintik2 merah makin banyak kat kaki...aku terus bawak g Ampang Puteri Hospital...g jumpa pakar kanak2 terus. Doktor sahkan mmg HFMD. Danish pun tak berapa nak aktif...nak tak nak kena warded dan isolation...

Dekat admission kaunter, dimaklumkan bilik skrg penuh dan kami kene duduk bilik sorang atau dengan pesakit yang mempunyai masalah yang sama, tak leh bercampur ngan pesakit lain sb nnti berjangkir. So, kami diminta balik dulu, bila dh ada bilik pihal hospital akan call..aduihhh...macam ni pun ada kaa...nak balik rumah jauh, so nak tak nak balik umah ibu mertuaku... 

Kami sampai kat hospital dalam kul 10:30 pagi, dapat panggilan mengatakan bilik dah ada kul 5:30 ptg, itupun bilik 2 beded dengan pesakit yang sama. Masa masuk, danish demam suhu dia 38.5, masa kat rumah dah 2kali bg ubat demam tapi tak mau turun suhu dia. so nurse masukkan ubat montot...dah setengah jam check balik suhu turun sikit jer 38.4, nurse siap suruh check kat pamper ade terkeluar balik ke ubat tu sb nmpk cam tak de progress je suhu dia...mmg xde ubat terkeluar...

Nak tunggu suhu turun dalam kul 10 mlm baru set line utk drip..melalak tak hingat la dia...kesian dan tak sampai ati masa tu...tp ape boleh buat, kena gak harung...

Pagi tadi tak de demam...ptg dalam kul 4 aku rasa cm panas sikit kepala dia..dia pun dok merengek jer.. panggil nurse suh check suhu, sekali 39.2, mak ai panasnya...masuk ubat montot la ape lagi..satu lagi sejak mlm tadi, bila dia tidur mesti tersentak2 tak sampai seminit sampai la mlm  ni...aku dh risau...ditambah pulak petang ni dah 3kali dia muntah...dan langsung tak nak minum...asyik tidur jer...lg la aku bertambah risau...Ya ALLAH kau lindungilah anak aku ni, aku sembuhkanlah dia seperti sediakala dan secepat mungkin...kau permudahkanlah proses penyembuhannya...Ameen..!!

Tiada ulasan: