Sabtu, 19 April 2014

Cara Untuk Mengelakkan Ekzema

Sekadar berkongsi Informasi

  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
  • Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu.
  • Sekiranya anda ada alahan pada bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara binatang peliharaan ini.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.
  • Gunakan pakaian jenis kapas nipis.
  • Elakkan memakai pakaian menggunakan fabrik yang kasar.
  • Jangan menggunakan sabun apabila mandi. Seeloknya, gunakan emolien atau pembersih yang tidak bersabun (soap-free).
  • Gunakan krim pelembab setiap kali selepas mandi atau membasuh tangan. Cuba gunakan pelembab sekerap mungkin.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkkitan kuman pada kulit.
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.
(Artikel daripada Majalah Rapi)

Tiada ulasan: