Ahad, 20 April 2014

Pendaftaran Darjah Satu 2015/2016

Kejap rasanya masa berlalu...2tahun lagi anak yang bongsu dah masuk darjah satu...rasa macam dia masih terlalu kecil lagi skrg ni walau pun umur dia dah 5tahun...cepatnya masa berlalu...aku rindu kan saat-saat anak2 masih baby lagi...rindu untuk melihat telatah dan gelagat mereka yang mencuit hati...

Bila ada anak kecil ni, balik kerja penat macam mana pun bila terlihat wajah mereka...hilang seketika penat tu..datang kembali kekuatan untuk melayan karenah mereka...

Teringin pula rasanya nak ada baby..tapi apakan keadaan tidak mengizinkan...kalau ada rezeki suatu hari nanti jika diberikan kesihatan, rezeki dan kesempatan teringin nak ambil anak angkat dari baru lahir...

Hari ni banyak entry yang dibuat...sebab tak tau nak buat apa dah kat dlm spital ni bila mata tak boleh nak lelap...

Doktor baru jer masuk tadi...bincang pasal ubat2an yang perlu dan bagaimana nak memenatkan mental...sebab bila mental penat opkos jadi letih dan ada peluang untuk dapat tidur yang lena dan panjang...

Tadi request balik sat, esok nak anta dokumen pendaftaran darjah satu anak bongsu yang sepatutnya kena hantar dalam tempoh 14hari selepas pendaftaran online.

La ni tunggu En. Husb kol jam berapa dia nak balik rumah kami dengan anak2...kena tggu dia abis job ptg ni...

Tiada ulasan: