Sabtu, 19 April 2014

Tips

Lancarkan Perjalanan Darah

Berbaringlah di tempat tidur atau lantai yang menghadap dinding. Perlahan-lahan angkat kaki dan rapatkan ke dinding selama lima minit. Posisi kaki yang lebih tinggi daripada jantung ini menjadikan sirkulasi darah dalam tubuh lebih lancar malah anda akan berasa lebih segar.

Kembali Kurus, Usah Gopoh!

Anda tidak digalakkan mula bersenam ketika masih dalam tempoh berpantang. Keinginan untuk kurus usah sampai memaksa diri. Tempoh masa kira-kira 2bulan diperlukan bagi memastikan luka jahitan betul-betul sembuh dan rahim yang bengkak sudah kembali normal. Di peringkat awal, anda boleh memulakan dengan berjalan-jalan di taman bersama bayi anda.

Kempiskan Perut

Benar, senaman abdominal membantu membaikim bentuk badan dan menguatkan otot. Namun, kesannya adalah minimum. Jadi, berhenti berharap agar lemak-lemak yang terdapat di sekitar otot-otot perut boleh dihapuskan terus dan cepat hanya dengan melakukakn senaman ini. Mengurangkan pengambilan kalori pasti membantu.

Lemak VS Selulit

Selain faktor umur, selulit terbentuk apabila jaringan lemak di bawah kulit rosak dan tidak dapat berhubung dengan lapisan lemak atau otot. Jika anda memiliki badan yang kurus dan berumur, kebarangkalian untuk mendapat selulit adalah tinggi. Senaman membantu mengurangkan lemak tetapi bukan selulit.

Skipping Bakar 1000 Kalori

Untuk membakar banyak kalori, anda tidak semestinya ke gimnasium, berjoging di taman atau ke kelas aerobik. Lakukan sahaja di rumah. Aktiviti skipping selama satu jam dipercayai mampu membakar lebih 1000 kalori. Jika anda masih baru, cukup 20 minit setiap hari dan tambahkan masa secara berperingkat. Anggota badan juga pasti berfungsi dengan lebih baik.

Bersenam Sebelum Tidur?

Banyak tip menyarankan bahawa salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang baik dan nyenyak ialah dengan bersenam sebelum tidur. Ada benarnya juga tetapi pilihlah senaman ringan seperti berjoging. Elakkan senaman berat kerana ia dipercayai boleh menjadikan tidur anda lebih sukar dan bangun dalam keadaan penat.

Sumber Tenaga Segera

Setengah jam sebelum anda melangkah keluar dari rumah, minumlah segelas jus buah. Kadar gula di dalam minuman tersebut akan memberi anda suntikan tenaga 30 minit selepas meminumnya.

Bekerja Sambil Bakar Kalori

Memotong rumput seminggu sekali akan berubah menjadi senaman yang sihat untuk anda kerana ia membantu membakar kalori yang tidak diperlukan badan. Melakukakan selama 15 hingga 20 minit membolehkan  kira-kira 150 kalori berjaya dibakar.

Tiada ulasan: