Ahad, 20 April 2014

Tidur Part 2

salam,

Hari ni tak dapat tidur lama...jam 12mlm baru dapat tidur sb ubat dapat lambat...itu aku tak kisah la sangat asalkan dapat tidur cukup 6 - 8 jam...tapi malangnya hari ni aku dapat tidur 3 jam setengah jer...

Gara-gara terjaga nak terkucil langsung tak boleh nak lelap mata ni..kalau kat rumah boleh la jugak buat aktiviti apa yang patut...tapi dalam wad ni aku nak buat apa...sudahnya aku ambil sebuah buku kecil yang tertulis Manzil dan Al-Mathurat..aku baca sampai habis...dalam hati berkata semoga dpt bertahan hingga waktu solat subuh...

Now, semuanya dah abis dibaca...waktu masih terlalu awal...silapnya kali ni aku lupa utk bawa Tablet dan Al-Quran..selalunya aku akan baca Al-quran untuk mengisi waktu terluang mcm ni....hurrmmm....penat kalau berterusan tak tido mcm ni...

Demi nak menghabiskan masa, aku merapu la kat blog ni...ini pun tak tau nak citer apa lagi..sebab dah kekeringan idea...

Eh..! jap rasanya mcm ada benda nak tulis ni..tapi dlm entri yang lain...wasalam..

Tiada ulasan: