Rabu, 29 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Rasanya masih belum terlambat utk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tahun ni pagi raya kat umah my MIL...tengahari baru balik umah my mom pulak...tahun ni tak jauh sangat nak balik umah my mom coz my mom beraya kat umah abg sulong dia sb nenek aku merangkap ibu kepada my mom beraya kat situ..semua ahli keluarga akan berkumpul kat umah pak long aku la kiranya..so dekat jer la ngan umah my mil dalam 15minit jer...

Petang raya pertama, seperti tahun sebelum2 ni kami akan balik ke tapah perak...beraya dengan sanak saudara belah en hubby...bermalam kat sana semalaman....bezanya tahun ni kami tido rumah pak sedara dia yang dok kat kampar...disebabkan tmpt tido berbeza tahun ni....sakit perut yg melanda pun teramat la berbeza...cukup menduga aku...padahal aku tak de makan sangat pun sb aku dah fobia nak makan...asal makan jer muntah...tak tau la mana silapnya...tgh syok2 tido perut memulas2...sakit teramat sangat...dari jam 3:20 pagi menahan kesakitan dan berulang alik ke tandas sampaikan nyaris nak tido dalam tandas la sebab dah kepenatan dan kesakitan...berlarutan sampai jam 5:30 pagi, rasa macam dah kurang sikit dan aku cuba utk lelapkan mata kejap...jam 6:30 pagi dah nak kena bangun dan bersiap2 utk keluar beraya..maklumlah..sblm mak bersiap kena la siapkan anak2 dulu kan...selalunya mak la yang akhir sekali bersiapnya...

Hari raya kedua, masa utk beraya ke rumah saudara mara...mood aku masa ni mood sakit perut..tension giler...aku langsung tak sentuh makanan..dalam kereta dok gelisah jer sb perut sakit dan takut tak sempat jumpa tandas...setiap pit stop (rumah) aku mesti ke tandas...Tuhan jer la yang tahu...sampai ke rumah yang ke empat dan kelima aku dah tak larat tahap gaban..longlai rasanya...kebetulan hujan lebat dan anak tido, so aku tak turun pun dari kereta...rumah terakhir nak tak nak kena masuk coz nak kena mandikan anak2 dan aku sendiri pun dah rasa melekit2 badan tambah pulak perut dah minta ke tandas lagi...lagipun rumah terakhir sebelum kami balik ke KL...selepas isyak kami bertolak balik ke KL...

Sampai jer kat rumah my MIL, ke tandas lagi...tapi dah mula rasa kurang cuma tinggal rasa sakit jer...dalam hati dah berniat kalau sakit masih berlarutan sampai esoknya, perancangan untuk balik ke Dungun,Trg aku nak batalkan..jauh tu perjalanan...but Allah tu maha kuasa, alhamdulillah perut beransur pulih cuma aku masih tak berani utk makan beria2...lepas sarapan bersama MIL dan adik beradik lain kat restoran, aku terus gerak balik ke Dungun utk beraya bersama abah tercinta pula...

Alhamdulillah, jam 4ptg kami selamat sampai...dan destinasi singgahan pertama kami adalah rumah my frenz syura...lepak kat situ dalam sejam pastu baru balik umah abah...aku tak maklumkan pun kat abah yang aku dah bertolak n sampai kat dungun..saja nak bagi surprise..hihihihi...

Hari raya keempat, beraya bersama kawan sek...memula g umah Jue pastu umah suriani...nak g umah kawan2 yg lain tapi sume dah balik ke umah masing2 atau umah mertua dan ada yang bekerja tak dpt cuti...sian kat kwn2 ku...tak pe la...next time kita jumpa lagi..InsyaAllah...selesai beraya umah kawan, singgah jap umah tok/nenek adik aku (lain bapak)...lama tak jumpa dia...dah kurang sihat sangat dah nenek tapi memori masih bagus...masih kenal aku...tak lama kami kat situ dalam setengah jam jer..pastu kami teruskan perjalanan balik ke KL..

Dalam perjalanan balik, masa kat kemaman..hati tergerak nak sms kawan kolej yg stay kat gambang...selalu dia beraya kat kelantan...aku just cuba nasib jer...nasib aku baik, kebetulan dia balik ke gambang..alhamdulillah, dapat bersua muka setelah lbh 10 tahun tak jumpa...niat nak jumpa Vera jer tapi dapat jumpa dengan Zara sekali...seronok rasanya...jam 10mlm kami selamat sampai rumah my MIL...stay kat umah my MIL sampai hari ahad...

Tiada ulasan: